Thursday, 29 March 2012

Terkejut

I dapat satu surat pagi tadi (yang my husband bukak kan) together an sms saying that:-

Anda di jemput untuk menghadiri peperiksaan Juruaudit W41 pada 14.04.2012. Sila layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

I pun tak ingat tahun berapa la I sisi borang SPA ni? Juruaudit? W41? Serious tak ingat. I pun browse la portal SPA and find this.

Semakan Jadual Peperiksaan
  Juruaudit Gred W41
No. Kad Pengenalan :  
 
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)




Peperiksaan : PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41
No. Angka Giliran : 1204254
Tempat Peperiksaan : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC),
DEWAN 4 & 5
CONCOURSE LEVEL
DATARAN GEMILANG, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
W.P. PUTRAJAYA

Tarikh
Peperiksaan
Seksyen
Masa Dari
Masa Hingga
14/04/2012 PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING A 08:30 PG 09:10 PG
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH B 09:30 PG 10:15 PG
KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS C 10:35 PG 11:20 PG
ESEI BAHASA MELAYU D 11:40 PG 12:40 TGH
ESEI BAHASA INGGERIS E 01:00 TGH 02:00 TGH

*Calon boleh mencetak Maklumat Peperiksaan melalui Portal SPA untuk dibawa semasa menghadiri peperiksaan [ Cetak ]


Owh, ini sangat lama ni. Biar betul! Each session ada break 20 mins nak buat apa? Study? I never attended any government exam before sebab before ni I have rejected 2 exam of PTD.

I will go definitely but I tanak put high hope. Tapi kalau dapat lagi bagus kan. Juruaudit ni apa ye? I pun cekitout ape menda la agaknya.



Juruaudit Gred W41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Audit Negara
Jadual Gaji:
P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3 RM1886.49
    ]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
  • Ahli Penuh Malaysia Institut Akauntan Malaysia.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10 RM2529.37]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:



Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.


Then I try to find more info and got this:-



Peperiksaan Juruaudit W41 - Sukatan Dan Contoh Soalan








April ini dijadualkan akan diadakan Peperiksaan Bertulis Juruaudit iaitu pada 14 april 2012, sila semakPortal SPA untuk jadual peperiksaan, dibawah sedikit info berkenaan peperiksaan ini


Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Juruaudit, Gred W41. Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.

Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Sukatan Peperiksaan

Ujian ini mengadungi lima seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Masa : 40 minit Bilangan
  • Soalan : 50
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40
(iii) Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40 soalan
(iv) Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
(v) Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Hari Berangan Cik Kiah

Harini Cik Kiah rasa Ciki Kiah nak berangan sikit. Hahahahahaah. Nak bagitau apa Cik Kiah nak. Heheheheheheheheh. Seronok seronok.

I want to do facial, scrub badan, mandi susu, full body massage.



Sambil massage buat manicure and pedicure



Seronok lepas tu pergi saloon and buat rambut pulak


Balik relax, ehehehhehehe.

Then my room decor I would like to be like this;



Simple and nice decor, atas tu I will put my wedding pictures. Ala, macam predictable kan? Ni ala-ala Swiss Garden Hotel je decor dia but I like it. Behind the big mirror is my bathroom and wardrobe semua kat belakang situ.



Then, I nak ubah bathroom I boleh?

Tepi sink tu ada bath tub. I guess just a small one and depan bath tub ada small shower.


Then belah kiri ada tempat macam ni. Sila abaikan radio tu, hehehehhehe. Where I can put towels, and maybe toiletries ke. Atau lilin wangi ke.

I nak konsep soft blue for my bathroom sebab I nak rasa tenang je duduk kat situ and bath tub tu penting untuk I berendam susu ke bunga ke kan. Eheheheeh.






So now move to Marsya's room.


Kalau mix kan colour tu jadi very light pink and purple ok kut. I prefer kalau bed and wardrobe kaler light brown White is not so into me la, and bigger bed size, ermmm..




This is my feveret baby's room! Remember I want to add family members? So boleh change napkins kat almari belah kanan tu. I luv the blue. Dark tapi tenang je. Toys pun boleh letak kat atas baby coat. Marsya takde baby coat but I will definitely buy one for for second children and make sure that its big enough for him (heheheeh) fit into it til 2-3 years.











And the decoration of room will be kind of like this la. Combination of both.














Cool living room. I am an earth colour person so don't blame me yo! Tengok staircase dia, cool right? But I am not sure it is applicable for those who has small child. Karang terjatuh pulak kat celah-celah kehidupan tu, ehehehehe.

And wall kat area staircase tu kena amik light green baru nampak ala-ala 'hijau'.














This one also cool. Compact.












Now move to kitchen. I hate cooking. Tak suka. But currently my kitchen was quit big jugak. Buat kata Kak Jihan kitchen besar, orang malas. Hahahahahh. Maybe I dun feel like my current home is not really my home kut. Kut la kan. I like the design so much, simple and sweet.






Ni takde kena mengena just nak bagitau yang kitchen diatas tu nak match kan dengan lantai ni.

I tanak lantai atas sebab tiles and celah-celah tiles tu hitam. I tak suka. Lantai sebelah ni kan shining lagi, glamer!






Kalau rumah double-story, between main bedroom and another bedroom ada small compund kan macam small living room. I always dream that to have mini library there sebab I have lots of stuff (books). 

In the meantime, my husband and I try nak buat camtu tapi tak jadi. Hahahahaha. Semak semacam je I tengok. 

Seriously kalau ada gambar I paste here.

This is my dream mini library la where I can lepak around and hang around with my kids. InsyaAllah

Tak salah ada impian kan?




Ok ok dahla berangan tu. Sebenarnya banyak lagi nak berangan tapi stop la dulu tu kan. Hahahahahahah. April is just around the corner ni so ada banyak issues kena setel in mid April.




Wednesday, 28 March 2012

Lesson to Myself

Pagi - pagi lagi dah busy memanjang si sambil tu curi - curi masa sikit untuk menulis di blog kesayangan nih. Dari before lunch tadi sampai petang ni nak tulis satu entry tapi tak siap-siap. There are a lots of things in my mind but I don't know where to start, dough.


Okey, lets start with work (boringggggg). I work here for a while and I  just can't take it anymore. I just can't. I am tired, so damn tired. Its not enjoyable at all, its a burden. 

Hari-hari macam boss akan tanya u "duit ada tak'. Should I answer "is it my work to think it?" Habistu manager and assistant manager buat apa? Everyday I was like " argh, bila semua ni nak end?????"



Plus, there were also annoying colleagues that make my life suck! Ayo, get away from my life, YOU PEOPLE! I dun interrupt your life, please stay away from mine. Eh, adeke? Ahahahahah. No, I am saying about people that say "eh, apsal u pakai baju camni" bla bla bla bla. Sibuk! Blah la weih.


Add to this I got one subordinate yang tersangat annoying dalam pada masa yang sama dah act like a boss dah. Soooooo annoying and less respect to others. Semua orang banyak dah complain on her behavior. dah lebih-lebih dah I tengok, Buat kerja sikit bising and complain. So I am thinking to replace her place with others.Tengokla how.


Then to family. My mother. Kadang - kadang torture I sampai ada satu tahap I dah tak mo balik kampung dah. Torture I nape I tanak masak kat rumah, kenapa I macam tu macamni, and how to take care Marsya. 





I got daughter which I spent little time with her. What should I do? I am not afford yet nak amik dia stay with me. Plus my mom didn't like the idea of sending her to taska. I once send her to taska then she fall sick, asik kena neb, siapa tahan? Dia tak sesuai environment kat taska tu and terpaksa hantar klm balik. So quality time me was little. Siapa tak sedih? Siapa tak sayang anak? Seronok sangat duduk kt kk ni tanpa anak, NO!! Siapa tahu hati kecik I ni, siapa? Ada orang kisah? I nak pregnant lagi tapi my mom tak support the idea. She say I tak boleh jaga anak. Then takkan I nak beranak umur 40 kut. That's ridiculous and sad.


The other part of me was okay but not the business. Lately his business not running well and it reminded me of one quotes The loyalty of a woman is tested when her man is with no money. The loyalty of a man is tested when he is with lots of money

So, what to tell. The phrase tell everything right.

I am here not to nag ke komplen ke pasal my life but more on to writing. The truth, the fact. I can't escape from the truth but to face it, this is challenges in my life that I got to go, to deal. Siapa ada kehidupan yang perfect? Siapa? None of us.


Again, trying so damn hard to understand the real life was about.



Tuesday, 27 March 2012

Gastric

I experiencing gastric yesterday. It hurt, really! Sakit since 6.00 am in the morning and continue till night. Still I got to school. Kerja I ponteng. Dahla pagi tu I pergi Medivron, I am asking for time off je sebab I thought lepas makan ubat akan ok and I nak pergi kerja.

Tapi 10.30 am still tak elok, makin sakit and sakit.

As per husband say "Sakit ni nampak lagi teruk dari sakit nak beranak Marsya"

Yep, macam contraction, Kejap sakit, ok, sakit balik. Tapi setiap kali sakit, urat perut mengecut dan sakit tu teramat sangat! Sekarang rasa sakit lagi. Even I took medicine tapi tak elok lagi, compare last time when I amik one pills je, dah heal!''Dah tambah melarat even tak sakit macam semalam.

So today I browse a few info on gastric because I takut kalau gastric akan bertukar jadi ulcer or cancer. Takut. And I jumpa this article on how to cure gastric.


1. Have plenty of cold water. Even ice creams and cold milk are beneficial to provide relief from gastric pain.

2. Use a heating pad over the stomach if you have gastric pain.

3. To reduce acidity pain, go for a jog. Avoid having spicy or greasy food. Go for simple food which is light and easy to digest. Coconut water, lemonade, jaljeera water are beverages which cure gastric pain. Even chewing ajwain with hot water is a natural way to cure gastric pain.

4. Acidity is due to poor digestion. Eating more can increase the problem. Reduce the food intake and have simple light food.

5. Eat slow and chew the food properly. Have frequent food in small quantities at intervals.

6. Stay away from sauce, caffeine products like coffee, smoking, mints and alcohol as these agitate the stomach.

7. Eat on time. Natural way to cure gastric pain is by eating on time. Avoid eating too late especially 30-60 minutes before going to bed. It is best to have dinner 3-4 hours before going to bed.

8. Avoid having oily food. Work out a little to feel light.




Friday, 23 March 2012

Mariage and Divorce

Result SPM dah keluar semalam so I pun teringat mu cousin's daughter 'angah' dapat result. So I pun suruh my sis, 'adik' riki result dia. Means spy kat kakak angah yang kitorang panggil along. Along ni sebaya adik even kalau ikut pangkat my sis ni dah macam makcik.

Dulu along and angah pernah tinggal dengan kitorang. Time kecik dulu la.

My sis kate she got 5A, alhamdulillah la kan. Than I tanya dia macamna dapat tau, dia cakap dia baca blog angah. So I pun pagi-pagi datang ofis ni bukak blog dia. And ada satu entry tu buat I nangis pagi-pagi ni.

My cousin was already divorce with her husband. She got married with another men so do her husband. Angah cakap she never will be OK with that. Its hurt for me. Sedih. Even dia ketawa she never be ok because she didn't see her mother much. They (the children) stay with their father and stepmom. My cousin has three children (two daughter and a son) from the marriage. I mean yeah it is not easy for us (children) accept that our parents were divorce and the fact that they only see her mother once in two weeks.

As angah cakap the gap getting bigger and the sentences be like 'can you imagine not seeing your own mother everyday???" Fuhhh, mendalam! A girl, daughter or women cannot live without her mother. No! Everything I (as a women) rely everything with my mother. She raised me by her own hand because she is full housewife. I never imagine that of mak go for working, and I have to stay with somebody else or maid or taska ke whatever, I must grown up differently. 

Angah jugak cakap ever since they were small, she never get close with her mother because she felt that her mom was grumpy one, compare with her father whom more easy going. When they lived with their parent at age of 5 (then kalau tak silap masa tula diorang tinggal dengan my mom). And got some issues then diorang (my cousin and her husband that times) suruh anak diorang duduk rumah sendiri jaga diri sendiri.

Yang I could remember masa Along tadika, sometimes mak ada slow talk dengan dia and dia selalu mengadu her parents selalu bergaduh.Sebab mak perasan budak berdua tu (Angah and Along) selalu termenung setiap kali kat datang rumah after tadika.

Masa tu I baru je 17 ke 18 kut sebab beza I n Along 12 years.And after balik sekolah I selalu suruh diorang simpan kasut sekolah and mandi. kalau I balik tengahari pastu tengok diorang still with their uniform, siap I akan membebel. Cos my sister dia memang dah set mind after tadika, simpan kasut, mandi, makan pastu tengok tv. Bila I balik tengok my sister dah settle down tapi budak berdua tu masih dalam tadika uniform, siap I akan marah.

I ingat lagi banyak issues masa Along and Angah tinggal rumah my mom, my sister ada lelah then bile Abg Mi (their father) cakap Angah sakit sebab menjangkit dari my sis, my parents marah then after a while my mom dah tak nak jaga lagi diorang.

But, its is past kan and family tied is forever. We forgive and forget and after that we become normal again like we used to. 

After read her blog, I know that she is normal. Angah, if I could say this to you;

Angah, 
Tak semua penceraian tu kejam. Along, angah dan adik kena terima hakikat even ibu dan ayah tak bersama lagi, tipula diorang tu dah hilang rasa sayang to each other. Diorang dah takde jodoh, kita kena terima.

Angah I feel that result yang Angah dapat tu ermmm 'it is notAngah'. I mean Angah can do it better. Salah tak if I say your family influence of this. Angah jangan fikir sangat. Kita kene ke depan.

Kalau Angah dapat masuk U nanti Angah belajar la betul-betul dan suatu ari nanti Angah akan jumpa soul mate Angah where you could share your life with.

Angah, kalau ibu tak rapat dengan Angah tak semestinya ibu tak sayang dengan Angah. I know Kak Ana since small. I don't blame her for what she now because tegokla macamana atuk Angah dulu tak jaga ibu. Ibu Angah struggle with life, tiap pagi bangun pukul 4-5 pagi cari duit because she want to be have better life. Sampai sekarang I tengok Kak Ana masih macamtu. Kadang-kadang I doa biarla Kak Ana ni kahwin dengan orang kaya ke so dia tak payah struggle lagi.

Tok Uda pun selalu pesan kat Kak Ana supaya tak payah kerja keras sangat. Dunia ni fana, hidup ni sementara. Kak Ana ni ikut suka dia je, dia degil, susah nak dengar cakap orang, Angah pun tau ibu Angah macamana.


I tak tahu nak bahasakn diri I ni apa dengan korang sebab I ni makcik korang but I always pesan jangan pangil Mak Long ke apa ke, I tak suka. You all berdua (Along and Angah) ikut je, panggil I 'Kak Yong'. Hahahahahha


Dahla I tak mo sedih-sedih lagi. I just hope you all  (Alongm Angah dan adik) wil find your own way and live happily.


Daaaaa!!!!!!





Wednesday, 21 March 2012

7 Wonders of the World







kisah rumput dan orang yang di sayangi

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini: 

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat? 

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 



Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. 

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. 

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik? 

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. 

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...