Friday, 15 January 2016

Januari 2016

Second week of Januari 2016.
Back to business and biasala kalau dah masuk kerja balik.

Masa macam jelaousy to us (ayat melayu dia mencemburui kita) Gitu.

Hahah. Then, suddenly I have read pasal moms war, selfie public nursing, dilwale. Ok, itu antara hot topics in social media this two weeks.

First meh mak ni nak cerita pasal mak duduk rumah (stay-at-home-mom) vs mak yang bekerja (working moms). Mak ni kategori dia jatuh pada kedua-duanya. Dua-dua mak nak menang. Ada mak kecil hati sebab kononnya mak yang duduk rumah lebih mulia dari yang bekerja. So, mak yang bekerja tak mulia kah?

Cam gitula wars dia.

Let me say this. Whatever types of mom you are, sahm ke working ke, there must be a reason behind it. Kau jangan kata kau buat kerja lebih dari mak lain sebab Allah bagi apa yang kamu tertanggung. 

I say about myself. Sebab Allah bagi apa yang saya mampu. Kerja, belajar, buat kerja rumah. Sebab saya mampu buat semua tu. Allah tak bagi bebanan hidup saya ni kat orang lain, kat C ke kat D ke sebab diorang tak mampu. Itu perjalanan hidup kita. 

Yang tak bekerja pun kadang-kadang so annoying. We know that you are actually busy than us (yang kerja ni) sebab buat kerja rumah. Annoying bukan sebab you are sahm. I know ada kawan yang kadang-kadang nak mandi pun tak sempat sebab nak jaga anak bagai, masak, buat itu ini dah ke petang. Ini cerita social media. 

Tapi ni annoying sebab semua nak post. Siap cakap they are superwomen because capable of doing itu ini. Dah tu ingat yang kerja ni duduk je kat ofis. Bebanan kerja lagi, balik rumah lagi. Tak baik nak kecik-kecikkan apa-apa pun jenis mak kita ni.

Sebab kita human, weak (ok, ayat ni dok ulang). Respect to those sahm because they choose to live that way and respect to working mom sebab sanggup nak harung jadi pekerja dan mak pada masa yang sama.

Yang selfie tengah nursing anak pun, please la, kadang-kadang sebab nak tunjuk ada susu banyak and dapat fully breasfeed anak sampai 10 tahun. Siap post "hari ni dapat pump 2 tong baldi besar, wahhhh besnya, sebab makan produk...bla bla bla.." Toksah la beb, simpan je dalam diary berapa banyak pump setiap hari.

Concern la sikit dengan mak  yang tak dapat nak susukan anak ni (me myself). Dah try macam-macam dah semua pun tak jalan. 

Sekarang diorang dok selfie pulak. Pastu gaduh-gaduh dalam social media.

Tiba-tiba I think macam diorang ni maybe dah tak banyak kerja sangat kot. Bergaduh memanjang. Diorang ni semua betul-betul nak jadi mak or just nak berbangga je ke tak tahula. Tak salah nak share dengan kawan-kawan, for me tapi benda yang tak payah show, tak payah la kot. Simpan je dengan kawan-kawan terdekat dan keluarga.

Atau kita post je gambar tengah BF ke pak mertua kita. Heheheeh. Nah pak, saya tengah susukan cucu bapak ni. Eheheh. Pengsan bapa mertua.

Sebab mulia tau jadi mak ni. Pregnant, beranak, dapat baby, jaga malam susukan anak and everything else. Mulia sebab benda tu semua lelaki tak boleh rasa.

Yang pasal dilwale tu tak tahu sebab tak tengok. Mungkin tahun depan cari CD cetak rompak ke. Hahahha. 

Perjalanan hidup 2016 ini oh mai p**** (ayat hashtag). Saya dah komplen ke husband. "P.**** (ayat hashtag) I camni."  

Husband I cakap , "Bagusla boleh kurus sikit." 

Duhhhhhhh.

Kurus sangat la kot.

Through 2016 ni jugak saya ada jumpa orang-orang baru. Saya juga jumpa kawan baru, yang baru bercerai dan gone through terrible marriage life. Saya tahu kenapa saya ditakdirkan berkawan dengan dia. Supaya saya sentiasa appreciate apa yang saya ada.

Tiba-tiba juga saya ada rapat dengan beberapa orang. Saya tak pasti kenapa bila saya jumpa kawan-kawan baru, senang saja mereka bercerita masaalah mereka (very personal) sometimes. Saya anggap saja gifted dari Allah, bahawa mereka mempercayai saya.

Dan tak bagus rasanya saya bercerita masaalah mereka kepada orang lain, Tahun ni azam saya mahu menjadi lebih baik dari tahun lepas. Itu sahaja. Semoga saya tidak menjadi riak atas perkara tertentu tanpa saya sedari. Lebih baik dan lebih baik. Lebih sabar. 



*pinjam anak kawan
*mikha jangan jelous

Saturday, 2 January 2016

Star Wars

How I celebrate new year 2016?

Me and husband go for watching movie.

Midnight date.

Star Wars.

Husband cakap tak berapa best compare with other sequel.

Maybe he expect too much. Atau kecewa Han Solo mati.

Huhuhu.

For me it is ok. Sebab saya tak tertidur so saya consider cerita ni okey. Hahhaahah.

Anyway, we are already 6 years in marriage life.12.12.2015 equals to 6.

And I wish prosperity and happiness for us and for our little family.

Love you all.


Friday, 1 January 2016

Happy New Year

My dear friends and families and all the people I love,

I wish a happy new year.

May 2016 ease our pain (such pain of increasing prices).

Minyak, tolong jangan naik lagi.

GST kau telah buat banyak barang naik, please la.

Kata GST buat harga turun? 

AM, kau jangan berkata apa-apa lagi walaupun cgpa kau 3.95.

Kalau kau hensem tapi tak berapa pandai aku mungkin terpedaya dengan ketampanan kau, tapi sebab kejawaan kau terserlah. I already got handsome JAWA husband, tqvm!

Lets new year bring prosperity and joy to our family.

In sya Allah dengan dua kerja yang kami ada (laki bini) kami boleh survive.

Hahahahhaah..

I love you all.

Terima kasih sebab sudi baca benda merepek-repek dalam ni.





Wednesday, 30 December 2015

Perempuan yang bernama.....

Banyak yang berlaku walaupun saya masih tidak dapat hendak menulis banyak, I loves writing, okey saya dah mention 88 juta kali. Disember ini saya sangat busy lalu kadang-kadang saya tidak sempat untuk meneruskan kegiatan tidur di siang hari. Ya Allah sangat nyaman perasaannya jika dapat nap sebentar.

Saya kesana kemari bila Sabtu menjelang tiba kerana tiba-tiba FBM menukar kegiatan kelas kepada hari Sabtu. Marsya ada setiap hari bersama maknya yang tak berapa betul ni. Kegiatan nya di waktu lapang adalah berlakon. Ye, dia ada training perseorangan, menangis, meratap, berlakon sebagai mama, dan kadang-kadang bercakap di telefon seolah-olah orang yang berbisness MLM lagaknya. Aihhhhh, tak kuasa!

Lemas tauuuuuu! But tipula kalau kata tak funny tengok dia berlakon. My SIL cadangkan saya hantar dia pergi audition, tapi semenjak 7 keturunan lepas, belum ada lagi ahli keluarga menjadi pelakon cerekarama so lupakan sahaja niat itu ye kakak.

Selepas episod sakit perut dan scan dan result pun keluar, semua adalah normal, tiada keabnormality yang dikesan so, doc kata saya adalah seorang penghidap gastrik tegar dan saya kena makan pada masa yang tetap. Do not skip meal. Lalu berakhirlah episod sakit perut itu.

Then, saya ada anak yang perlu diselesaikan hal persekolahan tadikanya. Tiga tahun bersekolah tadika, tiga kali juga dia bertukar sekolah. Masya Allah anakku.

Dan kemudiannya saya telah membuat keputusan paling sukar dalam sejarah hidup saya, back to work, but part time, and back to old company. Tiada ulasan panjang lebar disini. Saya cuma akan mencari nafkah semata-mata. Tiada gossip. Tiada sessi umpat mengumpat. Tiada sessi makan-makan. Mungkin saya akan berpuasa setiap hari???

Aha, itu semua di atas tak pasti lagi. Ahahahahha.

Lalu perempuan yang bernama M...... akan busy, busy, penat, dan OCD mungkin akan menguatkan stress yang ada. Oh Ya Allah, please give me strength. 

Air kacip fatimah boleh bagi kuat tak?

Okey, sekian merapu.

Wednesday, 16 December 2015

Gila La Kau!

Sejak  akhir - akhir ni, kegilaan saya tambah menjadi-jadi. Macam ada satu sifat gila dalan diri lalu tak terperi keadaannya dan mahu merasuk diri ini. Saya ada jiran yang tak berapa betul. Bila sidai baju, dia sidai in between pagar rumah saya dan dia, dan kemudian apabila baju - baju itu masuk ke kawasan rumah saya, saya sidai kembali ke tengah pagar I mean batu, pagar batu tu. Then bila asyik berulang kejadin ini, lalu sikap gila saya telah membuang kain buruk jiran gila itu.

Lalu nampak tak kegilaan saya kat situ?

Jiran saya juga telah memotong ranting-ranting halus pokok dalam kawansannya lalu dibuang kedalam kawasan depan rumah saya? Nampak gila tak dia?

Ke saya yang gila sebab  berjiran dengan orang gila? Dan kegilaan itu tambah manjadi-jadi.

Dan apabila anak-anak saya tiba-tiba di rasuk hantu menjerit, maka kedua-duanya akan mula menjerit maka suami jiran gila itu kan menjeling-jeling kedalam kawasan rumah saya."Dey, yennade?? Amma Appa?"

Hahahhahah, mesti anda dapat tangkap saya berjiran dengan siapa kan. Hahahaahhah

Oh, saya bukan racist, bukan. Saya ada kawan-kawan berbangsa itu satu ketika dahulu. Once upon a time. Heheeheheheh.


Friday, 13 November 2015

I need to tell you something

Ye, saya berjaya kembali!
Achievement namanya.

Saya kembali untuk beritahu yang pelajaran saya seolah - olah tergendala, perjalanan tak berapa smooth. Cuba untuk yakin pada diri sendiri.

Kemudian apabila Dr Kadir mancadangkan nama Dr Erni sebagai Co SV lalu sampai sekarang saya belum ada guts to meet her and suddenly Dr. Kadir appear in my dreams dan memarahi saya lalu mengajar saya framework. HAHAHHAH.

Dr SS saya masih tidak tahu di mana dia. Mungkin di sorok bunian, atau menjala di mana-mana. Ah, tak kuasa nak memikirkan.

Saya masih tidak tahu hala tuju tapi sentiasa percaya pada takdir. Takdir. Redha.

Wow! Makna redha itu kadang-kadang masih tidak di fahami. Apa beza redha dan pasrah? Pasrah macam lagu Erra Faazira tu. 

Kini.. aku pasrah dengan segalanya...

Sesungguhnya ada masa saya bukan la diri sebenar, saya adalah jin dalam botol, kemudian masuk semula kedalam botol lalu bersenang lenang. Lalu saya tidak perlu buat choreworks, atau memasak dan boleh makan tanpa risau kalori naik berkilo-kilo.

Atau saya adalah sejenis nyamuk penghisap darah manusia. HAHAHAH.

SAYA GEMUK. Ada kene mengena?

Masih Alive!

Ye, still alive. Me and the blog of course. Waktu yang tak terluang. Malam tadi telah bermimpi buruk, tersangat buruknya. Dr Kadir ajar the right framework dalam mimpi. Ya Allah, astaghfirullah. Nampak tak betapa eager saya dengan ilmu framework. Perghhh! Framework yang tak harus la di fikirkan dalam mimpi.

Eh jap, bila last time tulis blog luahan perasaan ni eh?

Ok, lama.

Start with I got few seminars and of course activity seperti biasa, cuma kekadang I try to act like Master chef and practice my chef skill, I cooked. Yes, I cook, walaupun saya tahu kesedapan hanya En Amer yang rasa atau tak sedap, sila diam sahaja. Eat, love and pray! HAHAHA. 

Saya tak cuba berlagak kelakar.Tidak sama sekali. 

What do you mean. What do yo mean... 
Justin B on the radio. AHA. 

So what? 
Kalau thesis you all boleh jawab soalan SO WHAT so dah menepati piawaian.
Fine, so what the hell?
Dan saya mula merangka soalan soalan so what untuk thesis sendiri.
Dan sampai sekarang saya masih menyoal, so what Dee? So what???

Ok, saya nak pergi sidai baju, kemudian mungkin ke Econsave atau Speedmart atau Aeon dan kembali ke blog.

Insya Allah. Dengan izin Nya.

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...