Friday, 10 March 2017

Me 2017

Aku dah muak dah dengan masaalah - masaalah yang ada.
Redha jela yang dapat cakap kan sekarang.

I already defence, that was quit success. Tinggal collect data, analyze.

After defence, I get back to my SV, yang  pastinya dia takde upaya nak assists. In fact, kalau aku jumpa dia, he will end up menceceh, and I am quit sure it is going to waste my time. Penat.

Everytime nak jumpa sampai jumpa sana sini, kejap kat dewan la, faculty la, office la, office VC la. I am kinda dah round satu uitm. Bukan nak mengeluh tapi takde hasil. Sampai a few times pergi Puncak semata. I don't mind demi secebis ilmu.

Then, Dr A dah setuju jadi second SV. After defence buat hal pulak. Suruh aku fikir tukar the main SV which is Dr S and cakap "semua beban kat I" "put all weight on me". First time aku dapat mesej tu aku sentap. Apesal la korang berkira sangat. I know if I grad, all the credit will go to Dr S. So dia rasa terbeban. 

Aku dah few time pergi office and jumpa CPPS, aku dah muak jugak. Asik cerita benda sama. At the end, masing-masing takut nak bagi idea apa-apa. Karang kalau suruh tukar the main SV, takutla kan sebab the main SV is somebody in the U. Then, I'll go to Mitrans plak. Tup tup tengok yang kat Mitrans dah bertahun pun belum defence apetah lagi grad. Diorang banyak buat kerja for SV end up kerja sendiri tertinggal. 

Takde sape nak validate questionairre aku dengan terkapai-kapai ni. I already have sets of questionairre however, I decided to get some alone time. Tempoh bertenang. Kadang-kadang apa yang kita nak tak ditakdirkan untuk kita kan? So aku evaluate myself. 

Aku hantar berpuluh-puluh resume online, email, pos to many IPTS, companies to apply for a job. Then, I apply UPM. 

Aku text Kak Nida cerita masaalah aku. Kak Nida lagila dah 6 tahun still tak defence lagi kt Uniten. I said all of this nanti effect Mybrain which aku dah amik scholar tu dan tertakluk pada agreement. but if aku transfer U, still boleh berunding dengan KPT dan maybe aku tukar mode to part time which aku cakap ada masaalah kewangan, diorang akan consider. Just kena bayar yuran sendiri. Which I plan to use EPF je nanti. 

So I just wait till miracle to happen. get a job, get an offer from UPM. Tu sume miracle kan. Aku pegang tiga benda ni, kau dah usaha, kau dah berdoa, sekarang kau bertawakkal je. 

Image result for usaha doa tawakal


In the meantime, hari-hari aku pergi Intekma sementara tunggu 3.30 nak amik Marsya. Aku ikut Tema jual Mervecosmetics padahal aku takde knowledge langsung pasal perniagaan online. Aku beli barang-barang dia, aku pakai dulu. Aku tak nak hipokrit, jual benda yanga aku tak pakai/guna. Lagipun, kalau kita pakai produk tu, kita senang nak explain kebaikan dia and perniagaan kosmetik ini encourage aku untuk sentiasa cantik. Yela, takkan kau jual kosmetik tapi kau tak make up kan. 

Sambil-sambil tu  I pray ada orang beli. Hahaahhhah. Aku tengah fikir strategi. By the way, aku rasa better, I feel I need doing something kan instead of waiting bulan jatuh kat tangan kanan, memang takde la.

And also tengah siapkan assignment as part time job aku. Memang tak putus, alhamdulillah, cuma aku kadang-kadang tolak sebab tak nak amik lebih job satu masa and aku nak perfect kerja tu, sebab orang dah bayar takkan nak buat sambil lewa. 

Yang pasal SV aku tu cuma aku nak cakap, kalau korang berkira dengan aku and kira menganiayai aku, aku doa semoga korang diberi petunjuk dan hidayah. Sebab hidup ni macam roda, kau buat orang, maybe nanti dapat balik kat korang, kalau bukan dengan korang, dengan anak-anak korang. Kifarah orang cakap. 

It reminds me first time kerja SA dulu, kita kerja demi mencari rezeki dan balas balik jasa ibu bapa kita, tapi banyak benar dugaaannya. Samala ambil PhD ni bukan nak menunjuk tapi sebab nak banggakan mak ayah, nak beritahu diorang yang anak yang sederhana dalam pelajaran boleh dapat PhD kalau sanggup usaha. And nak pakai topi burger bawak mak ayah sekali. Ok, sedih part ni.

But I am not sad. Totally not because I am much stronger than I think. But again, apa yang kita nak tu, tak semestinya kita dapat, tapi kena berusaha lebih dari yang kita mampu. Jalan hidup kita kan Allah dah tentukan, maka redha jelah.

Anyway, I will post about the cosmetics dalam post yang lain. tak boleh hadam la kalau semua nak tulis sini kan.

Daaaaaaaaa.....









Thursday, 8 September 2016

Setiawangsa

Harini aku nak cerita pasal nakiwa. Kolej yang aku dapat offer untuk buat module dan jadi trainer. So dah confirm untuk job trainer tu then kami minta la offer letter for trainer. Tapi tak dapat-dapat sampai ke sudah. Sampai ke akhirnya, kami cuma dapat first payment sahaja. 

Bila kami minta next payment, diorang which is pihak kolej kata fees too high and they cannot afford it. Bila Ros minta berapa yang diorang mampu bayar, diorang tak boleh bagitau and PA to the Dato’ siap sound Ros dalam  wass up cakap kitorang tak tau ke nak pakai urgent the module. Masaalahnya nak pakai urgent bagi duit dulu baru kami release. 

Maybe ada breakdown of communication kat mana-mana so we (aku, Fina n Ros) decide tak nak release module tu and tak nak cooperate dengan kolej tu lagi. Lagipun staff kolej tu pakat ramai-ramai berhenti dan bubar team RnD diamana kami 3 orang adalah ahlinya. Maybe tak ada rezeki aku lagi untuk mengajar padahal dah confirm sangat dah. 

Ye, makanan kalau dah nak masuk dalam mulut pun siap boleh jatuh lagi kalau bukan rezeki kita, jadi redha jela. 

Masa aku belek-belek phone tadi aku ternampak yang most of the ahli team dah left the wass up group tinggal aku dengah Seha je. 

Hahahahahha. 

I feel  sad you know. 

Aku harap it is more than that, we had a great team, but with his PA kind of attitude, I don’t think that kolej tu can move on. 


Bagi aku PA ni macam mirror to the boss. Kalau PA ni mesti cantik tapi otak takde pun tak gune dowh. Diorang ni akan jahanamkan syarikat je. Dapat pulak jenis PA yang nak bodek bos je bukan untuk kepentingan syarikat je atau jenis PA actually nak jadi gundik bos je. 

Tak paham aku. 

Apa pun pekerjaan kita kalau kita ikhlas, kita kerja sebab nak improve diri dan syarikat kita akan maju, insya Allah.

Bye u olls.

Luv,
Dee.

Wednesday, 7 September 2016

September

Whenever I feel stress je I remember this blog, so whenever I write, I am under deep stress!

Today nak cerita pasal Mr. A pulak. Ni bukan pasal aku tak move on eh, atau nak mengingat kenangan lepas. Aku cuma nak tulis apa yang mampu aku ingat. Alkisahnya waktu ambil Mikha dari taska 2 bulan lepas, aku ditegur perempuan ni. Aku macam blur then eh, it was Lin. Aku memang dah lupa langsung pasal dia. Infact aku tak kenal pun Qaseh dan Tasya anak dia kat taska tu. Sebab dia lari jadi kawan kitorang waktu business laki aku tak stabil. Waktu kami kesempitan, waktu dia dalam kesenangan. Nak kata Amer berhutang dengan laki die (Razid) tak juga sebab dia yang jauhkan diri.

Then aku borak benda ni dengan Fina. She said I was a quantitative person which suit my studies, ehehehhe. Quantitative doesn't count whoever left you, I will remove you from my memory. Then from there, aku try to write about my history and when I am old, I could remember a little bit. Kisah - kisah lepas yang aku nak ingat.

Tapi aku takut juga cerita yang aku tulis ni, ditulis mengikut apa yang apa aku mahu ianya diingati bukan kisah yang sebenar. But kalau aku tak tulis, aku tak tahu. 

It is Mr. A which elder a year than me. Sebab dalam kelas tu takde student yang berumur, so kalau ada student laki or perempuan yang tua diorang akan pay attention a little bit. They know who they are.

Then masa orientasi kita berkawan, biasa sampai part 2, dia bercouple dengan junior yang tengah famous waktu tu. Junior tu sekarang dah buka studio biola kat Subang. Then aku tak ada kisah la pun sampai la dah degree di Shah Alam, which aku dah dgn S, dia dah break dengan junior tu. Dan masa kat Shah Alam dia littlebit lost kot.

One fine day, aku gaduh dengan S, aku pun lupa kenapa, so aku jalan kaki dari faculty balik kolej then A jumpa aku tengah jalan hantar aku ke kolej. Aku sedih kot so dia pun borak-borak then lepas hantar balik, A mesej cakap, kenapala kita kena jumpa dalam keadaan macamni. Dia cakap kalau aku sanggup break dgn S, dia sanggup amik aku jadi girlfriend dia. Aku macam rasa unfair to S then aku avoid A. Tapi aku nak cakap thanks A sebab kutip aku waktu tu and I really appreciate it. Incident tu masih berbekas kat hati aku yang actually kita ni ada orang sayangkan kita dan buka minda kita untuk tak terlampau terikat dengan mana-mana lelaki dan sentiasala berlapang dada. Insya Allah Allah akan tenukan jodoh yang sesuai dengan kita.

Of all things ada sebab kenapa aku keep continue with S and tak jadi dengan A sebab aku at the end akan kahwin dengan husband aku sekarang. Noktah.

Thursday, 25 August 2016

Mr K

Mr K dalam hidup aku tak adalah special sangat. A man that really special for me is a my HUSBAND, Noktah. Lain-lain cumala persinggahan,  mengisi masa lapang yang kosong. Accidently in first semester, aku terrrr baik dengan salah seorang perempuan dalam kelas yang aku label sebagai S, nama pendeknya, Sha aku gelarkan. Baik, bertudung ikut syariat, berpakaian ikut syariat, tak seperti aku, agak ketat sedikit. Heeeeeeeeeee.

Dan sepertinya pada semester kedua telah bersama-sama Sha sebagai roomate. Dan dari situla kita kenal perwatakan sebenar seseorang itu, apabila kita tinggal bersama-sama, bukan? Dia bangun pukul 12 tengahari, oh mai, dan baju bergantungan satu bilik. Oh, bertambah OCD dibuatnya. Heheheeh. Sekali lagi aku tekankan, nobody is perfect. Come one kan. Actually after all everything, aku teringat kembali Ismawati, gadis ini pernah ajar aku bahawa dalam berkawan, kawan-kawan kita termasuk kita sendiri tak sempurna, jadi terima sahaja kekurangan kawan kita itu, kita pun ada kekurangannya kan? 

How I remember you Isma because of this words. Aku takkan lupa sampai bila-bila.

Back to Sha, dia ada satu penyakit yang aku sebagai kawan a.k.a kakak kena layan which is..rasa.macam.semua.lelaki.suka.kat.dia. HAHAHAHAHAHA.

Biar aku terangkan kat sini dalam course aku diorang ni semua umur 18 and aku 20 sebab aku dah kena kick from law course so aku tercampak kat Lendu ni. So coursemate aku adalah adik-adik 18 tahun baru keluar rumah lepas SPM ala-ala baru nak masuk club and such things. Ada saat-saat yang aku rasa taik sangat sangat sebab makin lama aku tangok Sha is kind that pandai manipulate orang. Le me explain.

Satu hari dia ajak aku pergi pekan sebab nak buat bil means dia dah tak nak pakai prepaid, nak pakai bil katanya, so aku sebagai seorang rakan yang baik hati budiman pergilah temankan. Unfortunately, kalau nak register bil, kau kena ada driving license, I cannot remember why, and tiba-tiba dengan muka blur dia kata dia tak bawak license dia. Padahal sebelum ni, dia cakap dia pernah pakai bil, tapi dah cut the line and die nak pakai nombor baru. Dengan tercengang-cengang ala muka sedih dia mintak license aku which nombor tu di daftar bawah nama aku. Can you imagine that? How manipulative she is or am I the one who stupid. Hahahaahahaha.

OK takpe, about the line nanti aku cerita balik.

Lepas kes telefon line since dia bayar postpaid dia dan tak buat sheet means nama aku tak blacklist, ok dah pada aku.

Dia rajin dating dan keluar dengan lelaki. Kau nampak ayat aku sebelum ni dia adalah seorang yang berpakaian mengikut syariat dan pernah bersekolah agama so korang taula dressing dia cemana kan, dengan stoking lagi. Agak-agak selaras tak dengan sifat dia ni? HAHA

There you go, setiap kali dating kena berteman dan teka la siapa yan temankan dia? HAHHAHAH.

Oh mai god, panjang pulak cerita ni. Dalam banyak-banyak dating tu, ada satu dating dengan Mr K. Mr K adalah antara student yang tua jugak. Selain Encik A. Encik A tu cerita lain la, next chapter. So masa kami keluar dengan Mr. K, Sha pun cerita la pasal lelaki entah mana entah. banyak la cerita dia (sebab dia duduk kat depan), K drive. So at one point, tiba-tiba K cakap, eh bagi kakak la duduk depan, adik duduk belakang la. HAHAHHAHAH.

Sh is the one takkan mengalah come one la kan. Di pendekkan cerita, aku dah tak nak dah benda-benda cam gini, aku tak berani wei benda-benda yang melibatkan perasaan ni. So, aku avoid K, avoid Sha. Aku tak tahu ending diorang tapi aku tahu diorang couple all the way masa buat diploma. Tapi Sha end up kahwin dengan orang lain after finish her degree. K is very nice man, tapi masa tu takkan aku nak cerita buruk pasal kawan sendiri and at the same time I am not ready for any relationships. 

Aku dah break dengan 2 lelaki before aku sambung diploma tu and aku malas nak involve benda-benda yang melibatkan hati ni.

Aku pun tak tahu K kat mana, masa kitorang konvo we all duduk satu row because kan nama aku M, dia K so dekat-dekat. Lagipun masa tu aku dah dengan S. 

So sebenarnya aku agak skeptikal sikit dengan pelajar-pelajar jenis beragama ni, entah, bagi aku baik berkawan dengan yang free hair, mulut tahap jamban atleast diorang tak hipokrit.

Kes line telephone tu masa cuti semester, aku mesej Sha beritahu yang aku nak pakai postpaid juga so aku kene cut line telephone Sha tu and and aku pergi Maxis Subang and potong line tu. Dia tak balas, pandai-pandai la dia and thru semester 3 onwards, aku dah avoid dia.

I am a quantitative people. Kalau sesiapa yang manipulate aku, I definitely will remove her. I am sorry, actually aku bukan baik sangat pun.


Wednesday, 24 August 2016

Hari Pertama

Hari pertama aku sampai. Sampai akhirnya kata ayah.
Ye, memang sampai lepas harung hutan kiri kanan.
Shock sekejap. 
Mak bawa Danial, anak kesayangan aku, kecil 2 tahun.
If aku kahwin usia yang lebih awal, mungkin aku ada anak yang sebaya Danial.
Danial cuma anak yang dibela mak sahaja.
Kereta di parkir dan kami aku lekas-lekas ke kaunter pendaftaran bersama ayah.

Tak sempat daftar harini. Kata petugas lelaki itu.
Cuma daftar kolej sahaja, terus pergi kolej dan nanti esok baru mendaftar.
Sambil tersenyum-senyum.
Dan selepas itu dia panggil aku anak ayah tiap kali aku jumpa dia.
Annoying!

Mak dan tinggalkan aku, anak yang berusia 20 tahun untuk belajar Diploma Pengurusan Perniagaan.
Dan bermulalah kehidupan serba sederhana dan boring.
Dan jumpa pelabagi karenah manusia.
Tiga tahun takde jatuh cinta, cuma belajar tu pun tak dapat DL.
Tak pandai. Tak baik pulak camkap camtu, alhamdulillah serba sederhana.
Semua sederhana, tapi dekat pada Tuhan.
Alhamdulillah. Entry nanti cuma entry-entry kosong kisah dulu2 and aku akan cerita pasal K.
Bukan KJ, bukan...Hahahaahahah
Daaaaa




Monday, 20 June 2016

Me and Little Things

Last year saya ada terlibat dengan TIE program selama lebih 6 minggu dan disitu juga saya berkenalan dengan salah seorang peserta, iaitu En. Azli dan beberapa peserta yang lain termasuk Shafina, cikgu bahasa Inggeris yang tinggal berhampiran rumah. Dari situ saya telah berkenalan dengan isteri En. Azli, Prof Su. Tahun ini saya semakin serius dengan Prof Su dan Shafina dalam melakukan aktiviti berkaitan entrepreneurship.

Saya telah defense. Perkara yang saya tunggu bersemester-semester dan akhirnya saya sedar saya tak berjaya mengharungi perjalanan pertama defense saya. Saya failed, tapi itu takkan memutuskan semangat ssaya untuk re defense again, walau sejauh mana pun. Perkenalan singkat saya dengan Prof Su menyebabkan saya telah terjebak dengan beberapa siri pembangunan module. Ye, Allah jadikan saya tak berjaya di sesetengah perkara sebab ada perkara lain yang Allah akan beri. 

Maka bermula lagi kehidupan serba mencabar yang perlu saya lalui dan hari-hari padat saya bermula. Pada minggu lepas (Khamis dan Jumaat) kami di jemput menjadi panel untuk pembangunan module program PLKN atau pra diploma untuk satu kolej di Setiawangsa. Dan minggu ini, kami ada brainstorm untuk module sekolah di seluruh PJ. 

In the meantime, I just hope that I could redo again my proposal (I have to change a lot),prepare for next Thursday meeting, work schedule, the kids, the husband, Ramadhan and raya.

I can do it, because I am capable of it. Thanks.


The discussions two weeks before the module. We came here for consultation but it turn out for us to develop the module.







We then at the Kolej for two days.
We has been appointed as facilitator for the program but yet still wait for the payment.
Hahhahahahah









We have so much fun and exchange of ideas.

BECAUSE....


Great minds discuss ideas..
Average minds discuss events..
Small minds discuss people..


Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...