Thursday 23 August 2012

Kerja oh kerja!

Aisyeman, kena kerja hari raya ke-4. Wah wah wah... Sangattttttt besttttttt!!!!!!

Hahahahaha. Taska tutup seminggu so pagi-pagi tadi hubby dah hantar my lovely Marsya Arani ke rumah mak di KLM. and paling best husband siap makan nasi rumah mak. Tak tahu anak mak ni tengah kebulur tahap gaban. Perut ni lapar je kerjanya, tapi bila nampak makanan, selera terus potong! Ataupun makan sikit je sebab rasa senak.

Alah, mengadanya! Padahal  tak sampai dua bulan lagi kut pregnant. Cerita pasal umur kandungan ni, pelik sebab during first month yang tak period tu still tak pregnant (as doc said). I just start preggie after second time tak period, so doc decide scan by next week. 

Then I cakap kat mak, mak pun cerita yang dia pun macamtu masa mengandungkan I, so dia macam mengandung 10 month. Ok, takpelah, asalkan I mengandung yang sihat, sudah, But I kinda feel that this time going to be sangat cerewet. Time lapar seolah-olah I nak makan sepinggan nasi melantak, tapi once nasi sampai je depan mata, separuh  pun tak dapat habiskan and I tak suka banyak benda and awal-awal ni tak suka minum susu.

Aduhai. Raya pun satu lagi masaalah. Nampak nasi impit, rendang semua nampak tak sedap, terpaksa telan je semua sebab kalau tak, nak makan apa pulak kan? So, terpaksa telan. Kuih raya pandang sebelah mata je, tak lalu nak makan! Marsya pulak dok syok telan everything sedap je kat mata dia, tak ada yang dia tolak, semua dia masuk mulut. Tambah-tambah tok aki die bagi minum ais, amboi siap minum sambil senyum. Kalau dengan mummy, minumla air kosong ye!

Since hari raya and dengan tok, nenek takpela bagi kelonggaran sikit kat dia. balik KK mungkin tidak la kan! 

Hari ni first day kerja, adalah a few things yang pending kena siapkan. Buatla slow-slow walaupun mata kata tido, tido.. Huhuhuhuh. Dugaaan la nampaknya! Tekak pulak asik pahit jer, aduh sangat banyak songeh wooooo!!!!




Thursday 16 August 2012

Double Joy

It's a double joy!


Ketidaksabaran diri ini semalam membawa saya ke suatu tahap kegembiraan yang tak terkata. Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu di ucapkan pada ketika ini.

Pertama saya akan konvo yeah peeps! November ini akan membuktikan bahawa berkat kesabaran, daya usaha akhirnya membuahkan hasil.
Alhamdulillah. 

Saya tidak sabar menunggu hari tersebut. Hari saya akan ke pentas konvo umtuk kali ke-3 untuk MBA. It's personal achievement.

Anugerah untuk diri saya. Tanda bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai selagi saya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selagi ada kemahuan, disitu ada jalan bukan? Saya mahu melanjutkan pelajaran lagi, itu azam saya. Sesekali menoleh ke belakang, mengenang kembali perjalanan MBA selama 6 semester (4 tahun), setahun saya bercuti semasa deliver Marsya. Banyak titis air mata, keluhan, kepenatan, tekanan tetapi semua saya lalui dengan tabah.

Masa dan tenaga di perlukan dan kekuatan mental itu adalah perlu. Saya tinggalkan anak dan suami setiap petang demi mencapai cita-cita. Anak masih kecil dan masih tidak mengerti apa-apa, suami saya memahami. Alhamdulillah.

Saya ada rancangan masa depan sendiri dan tidak mahu ketinggalan. Orang yang ketinggalan adalah orang yang rugi. Saya mahu dapat kedua-duanya, dunia dan akhirat, itu matlamat hidup saya. Setiap hari saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik, setiap waktu. Saya tidak sempuran saya tahu. Lubang ada di mana-mana, tetapi saya mesti paksa diri sendiri.

Keduanya, ye saya sudah mengandung lagi. Saya sangat sangat gembira dan saya berdoa agar diberi anak lelaki kali ini. Mudah-mudahan, aminnnnn!

Saya belum beritahu siapa-siapa lagi. Belum masanya. Saya juga belum buat proper check up. Mungkin minggu ini, sebelum saya pulang ke Kuantan.

Mahu ambil acid folic and calcium. Saya juga mahu minum susu. Saya mahu baby ini sihat. Saya belum tinggal puasa lagi, walau ada ragu-ragu dalam diri ini.

Cuma keyakinan kepada Allah supaya melindungi anak ini dari segala bencana. Jika di takdirkan Allah, anak ini lelaki saya mahu beri nama Muhamad. Biar dia menjadi seorang penghulu, ketua kepada keluarga dan masyarakat, amin. Cita-cita saya tinggi. Mahu lihat Marsya dan baby jadi anak yang beriman, berguna kepada masyarakat, insyaAllah.

Ya Allah, beri HambaMu kekuatan, ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Semoga kami sekeluarga dalam rahmahMu ya Allah. 
Aminnnnnnnn..

Tuesday 14 August 2012

24th Ramadhan


Hari ini dah genap 24th Ramadhan. Alhamdulillah puasa belum lagi tertinggal. Rezeki Allah bagi supaya dapat berpuasa penuh pada tahun ni. Syukur rasanya. Semalam I got this 'emo feelin' which I dunno how to describe it. Tiba-tiba jadi sensitive to all things.

Susah nak cakap, susah nak gambarkan. Apkah ini tanda-tanda nya??? Apakah? Hahahahahah..  Itu kut yang buat emosi tak stabil..

Agaknya la kut! Tapi masih manjadi teka teki sampai sekarang la. Its ok, I will update about 'that thing' later.

Mood nak raya dan bercuti dah start datang dah pagi-pagi Isnin ni. Haiyaaaa..malasnya nak bekerja and I already start cuti this Friday

Tapi sebelum tu I already promise all staff/ boss to prepare for half month salary. Baik kan I? Hahahaaha. It's company's money

I only prepared it, maaaa! Sementara nak menunggu report sampai, I still need to do some 'accountant' things. 

Nak tengok apa lagi tak settle and everything. Muak tak bekerja? Masih lagi muak tapi hidup mesti di teruskan kan? It's life!

Sometimes susah nak predict perangai orang. Ada orang rasa dia dah best sangat tapi sebenarnya tak pun. Susah nak jumpa orang yang sincere, humble sekarang ini. Semua nak tunjuk diri masing-masing best, nak up selagi boleh.

Kalau part kerja pulak, ada orang rasa kerja dia la yang paling best and perfect and orang lain selalu salah. Tu pun pening jugak nak face and ada pulak orang yang duduk tak buat kerja pun ada jugak. Jadi, kesimpulannya, nobody is perfect and even we think we are we are totally wrong. 

Hampir kepada kesempurnaan tu mungkin ada tapi tetap ada cacat celanya. hanya ALLAH yang sempuran sifatnya. 

Wallahualam.

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...