Tuesday 25 April 2017

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting?

Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP or something like that. Rupanya copy writing ialah the way you write in your IG, dan FB. Copy writing ni the power of your post. Kalau macam dalam IG, mostly I copy all those ayat from FB Merve je. But in order to promote dalam FB Ads, kita kena ada ayat power sendiri.

Dalam erti kata lain, copy writing ini adalah ayat jualan. Ayat jualan ni SANGAT penting dan lagi penting untuk tidak meniru bulat-bulat dari page lain. Tulis ayat jualan anda sendiri.

Bagaimana cara nak menulis?

Copywriting ni adalah "ayat jualan". Juga adalah ayat untuk menulis iklan.

Kalau ikutkan course yang saya attend, terdapat tiga cara untuk copywriting dalam online marketing macam kat bawah ni. B2B tu apa? Business to business (samada owner to stokis/agent) and B2C tu bila business melibatkan end user (customer).




1) TEASER


Teaser ni macam hint la. Kalau ada produk baru nak intro, kita kene buat post teaser dulu. Tengok gambar kat atas, duck scaves nak keluarkan produk baru, tak ada kena mengena dengan nak jual tebu ye, tapi itu buluh bukan tebu. Buluh tu nak tunjuk yang tudung duck ni akan keluarkan guna bamboo cotton macam trend sekarang ni.

Teaser akan FAILED kalau customer dah tau apa kita nak keluarkan sebab ianya memerlukan diorang tertanya-tanya dan it actually develop curiousity about the coming product.

Selalunya teaser post ini before to launch the product.



2) SOFT SELL


Soft sell ialah indirect selling.

SETIAP HARI kita kena soft sell ye supaya existing customers kita tak beli dari competitor.
So, hari-hari kita kena buat soft sell.

Contoh soft sell seperti tutorial, testimoni, jenis makeup, tips kecantikan, cara cuci makeup dan juga mungkin kita boleh educate customers kita tentang kesan dan perbezaan makeuo mahal dan murah.


3) HARD SELL


Hard sell ni sebulan atleast kita kena buat dalam 2 kali. Kita terus direct selling apa kita nak jual, harga. Struktur copywriting untuk  hard sell adalah seperti gambar kat bawah.



a) Headlines - kena something yang catchy.
b) Deskripsi - penerangan tentang produk.
c) Offer - contoh macam postage free - kelebihan - nila sellimg point product kita.
d) CTA tu contoh macam kita beritahu yang tinggal berapa hari je lagi so dapatkan produk kami. Tinggalkan no telefon dan nama kita (seller)


Untuk hasilkan copywriting yang effektif macam dalam gambar kat atas, kita as seller kena create 4U. 
1) Urgent - create urgent nak dapatkan produk dalam bulan April, free postage, so dapatkan produk ni segera.
2) Unique - Jangan copywrite orang lain, cipta copywrite sendiri.
3) Useful - orang kena faham apa kita tulis
4) Ultra-specific - contoh kalau produk Merve kita kita target mereka yang  bekerja kan so jangan pakai ayat yang atau tulisan macam budak-budak.


Ni slides yang tunjukkan contoh copywriting.



Kesimpulan
Teaser untuk pengenalan produk, soft sell more to share knowledge, share information to maintain customers and ard sell untuk "pukul jualan" tu.


Ni gambar kat atas ni kalau kita nak pakai simbol menarik, pergi ke fsymbols.com.
Banyak simbol menarik tau.

Okey, sekian untuk copywriting.



Thursday 20 April 2017

Online Marketing Part 3: Instagram

Instagram tu apa?
Ianya adalah kombinasi instant and telegram.





Kenapa peniaga online kena ada instagram?
Untuk tackle customer jenis visual yang suka gambar cantik.

Ada 3 jenis customer
1) V - visual - customers yang suka tengok gambar cantik
2) A - audio - customers yang suka dengar lagu
3) K - kinestetik - customers yang suka benda bergerak macam video dan layan youtube.

Dan 50% dari customers di Malaysia adalah kategori 1) dan oleh itu, penggunaan instagram adalah sangat penting dalam perniagaan online di negara kita.

Dari segi statistik pula, hampir 74% pengguna Instagram berumur 18 - 34 dan pencarian paling kerap dalam instagram adalah fashion, cosmetics dan gadget.

FYI, this is actually lead the owner of facebook, Mark Z to buy instagram costs of 2 billion. Sebab dia nampak peluang kat situ. 

Ni konsep asas dalam instagram.





Ni cara post gambar dalam instagram. Background putih, soft light dan waktu paling sesuai untuk ambil gambar adalah pagi dan awal tengahari.





Kalau kita perhatikan semua gambar di atas, dia apply rule of third dimana gambar di ambil di sudut, bukannya di tengah-tengah.





Banyak warna dominan tidak menyerlahkan gambar di bahagian kanan.



Untuk gambar yang bertekstur, gambar kiri memberi impak lebih berbanding gambar belah kanan.


Untuk penggunaan hashtag, lebih baik untuk di buat. Samada di letakkan di bahagian komen atau penerangan IMPAK nya sama sahaja ye. Thats why kadang-kadang saya perasan yang hashtag most peniaga letak dalam ruangan komen.









Max hashtag adalah 30.ada beberapa rules dalam penggunaan hashtag.

1) Hashtag unik. 
Hashtag yang dicipta khas untuk product tu. Contoh saya agent perve so hashtag pertama yang patut saya guna adalah hashtag yang berkenaan merve. #merve #mervelover #mervecosmetics

2) Hashtag Trending.
Ini hashtag yang trending dan kita kena tau the trending through baca suratkhabar, tv etc. Selalunya hashtag trending jarang berkaitan dengan produk contohnya #loffattah ke #gemagegarvaganza ke. Dan sekali lagi di ingatkan JANGAN guna hashtag yang berkaitan dengan kebajikan okey! 

Trending berkenaan produk juga boleh macam earlier post part 1 tu kita discuss pasal online tudung, trensing dia, #tudungpucci #tudungbawalpucci kan so boleh guna dua hashtag ni untuk penjualan tudung.

Apa kaitannya dengan hashtag trending ni?

Kira macam kita tumpang iklan jugakla. Kalau untuk merve, saya hashtag kan #HJ. Kalau orang search pasal Cik Joy dan Hafiz Hamidun, diorang akan jumpa page dan IG saya. Teeheeeee.

3) Hashtag General
hashtag general contoh macam kat bawah la.
#eusahawan #mdec


Senarai lainnya yang telah saya search ialah #sayajual #sayajualonline #onlinemalaysian etc.

Rajin-rajinlah google dan baca ye.
Membaca kan jambatan ilmu.





Dalam follow dan unfollow IG, kita dibenarkan untuk follow sebanyak 7500 IG sahaja tapi followers kita adalah unlimited. Dalam masa sejam kita boleh follow seramai 100 orang. Better kita follow orang yang ke 101 pada jam yang seterusnya. Atau nanti IG kita akan diblock.


Ada banyak teknik dalam menaikkan follower kita.

1)Teknik 5/3/1 di bawah adalah untuk cari follower yang minat dengan produk kita. 
Teknik ini pertamanya pergi ke IG kosmetik orang lain, like 5 gambar, komen 3 gambar diorang dan at the end, atleast 1 people will follow you back.

Komen pula komenya soalan contoh berapa RM ni? product ni product apa? Tunjuk minat pada produk tersebut.





2) Teknik Nora Danish ni pulak adalah untuk menaikkan follower tak kira yang minat dengan produk kita atau tak. ND adalah artis Malaysia yang paling banyak follower ye. 4.7m and second one is Neelofa 4.6 m. WOW.

So, kesimpulannya kalau nak follower berjuta, jadilah ARTIS ye tuan puan.

Back to teknik ND, pergi ke IG ND, follow 50 orang dari suggested by IG ND, then after 4 jam, unfollow them, and after 4 hours, follow them back. Teknik ni berkesa tau. Unfollow and follow. Sebab nanti nama kita akan naik di IG artis berkenaan dan orang akan follow kita dari situ.






Okey, sekian topik instagram ye.




Online Marketing Part 2: FB Page

FB Page.

Untuk semua peniaga online, kenapa kita kena ada FB Page or known as kedai online ni.

Sebab kita tak boleh campur aduk ye personal dan kerja.

Jangan kau letak barang niaga kau dalam FB personal, nanti kawan kau pun jemu. Again, it is all about ethic. Invite la kawan-kawan kat FB tu to like your page, kalau diorang suka, diorang akan like, kalau tak suka jangan paksa. Jangan campur adukkan persahabatan dan perniagaan.

So how to do FB Page? Of course kena ada FB personal then cari satu butang segitiga kecil sebelah kanan FB, create page. Tadaaaa. Dah create satu page dah.

Sebenarnya lagi senang kalau guna smartphone tapi for first time creator, better guna laptop or PC, nanti huru hara page tu nanti. Kalau dah betul-betul; expert, baru continue use smartphone.

Currently I am using Mdeeana Beuty Health Store tapi myself sendiri rasa nama tu tak berapa best so I have changed to Marsyaryan Shoppe. Biar berbelit lidah sebut, biar nampak unik.

Ada few reason why peniaga online kena ada FB Page, which are
1) Develop FB Ads. FB Ads tak boleh buat dengan FB biasa tau.
2) To get unlimited friends. With FB Page, dia tak limited macam FB Personal, FB Personal cuma boleh 5000 kawan sahaja ye.

Bila dah tekan create page, pandai-pandai la ye create your page tu. Page ni umpama kedai kita di alam maya, so pandai-pandai la kita nak cantikkan kedai kita ikut kesesuaian produk ok. 


Logo
Saya nak ajar yang kita boleh buat logo page kia tu FREE di https://www.designmantic.com

Pergi web tu sekarang.

Enter your company name (PENDEKKAN NAMA PAGE), pergi select industry, then show my design. Kenapa kena ambil short form je sebab kalau full sentences, nanti masa buat logo, tak cukup nak put in everything. So, untuk Marsyaryan Shoppe ni, saya choose MA Shoppe je.

Lepastu, tuan puan semua akan jumpa ye beratus-ratus jenis logo yang cantik-cantik. Tak payah pun nak hired orang buat logo. Tak payah.

Saya pun tak nak ambil masa lama nak pilih logo, so I chose this one. Tips dia, right click gambar tu and save dalam desktop. kalau sampai step 3, nanti logo ni jadi berbayar.

Simple, yet stunning for me, I really like it. Then apa lagi, upload logo ni pada sebelah kiri FB Page kita ye. 



Intellectual Property (IP)

Logo juga boleh di register ye. Kena register di bawah Perbadanan Harta Intelek. 

Kat mana? 
Menara UOA Bangsar dan ambil masa dalam 6-7 bulan untuk approved. Kos register pula dalam RM650.00. 

Kenapa kita kena register? 
Untuk elak diciplak.

Tapi untuk peniaga online macam agent like me, dropshipper ke tak payah la nak IP bagai, kalau founder to the product lainlah kan.


Banner

Banner untuk page ini kita buat sebab kita nak letak dia kat bahagian atas sekali FB Page kita. Kan, barula cantik, betul tak?

Now go to https://www.canva.com .

Create your own banner. Saya tak dapat nak terangkan details. All you have to is to explore by your own.

Canva ini hanya boleh diguna menggunakan laptop atau iphone sahaja. Lain-lain smartphone tak boleh. Kalau nak design untuk banner FB Page kita, pergi ke Social Media & Email Header. Pastu click pada Facebook poster yang ada tulisan INSPIRED background hitam tu. Lepas design sendiri ikutla citarasa kita then download dan save pada laptop. 





Saya punya lebih kurang camni la. Sebab kalau kita tak design, just upload je apa-apa gambar, nanti gambar tu semua akan pecah dan jadi tak cantik. So pandai-pandai la tau.

Canva juga boleh buat poster atau flyers, nanti pilih templates yang betul je.

Nak tukar FB Page Banner ni berapa kerap?
Atleast 3 bulan sekali tukarla banner ni, so takdela bersawang sangat. Paling baik, sebulan sekali tukar. Logo tak payahla. Satu kali logo je dah. Tapi terpulangla, kalau nak tukar logo ikut je citarasa sendiri.

Tapi lagi baik kalau banner kita ada tema, macam sekarang kan tak lama lagi puasa, letaklah tema puasa. Nanti nak raya, letakla tema raya pulak. Supaya page kita tak boring dan orang tau kita aktif. Kan?

So at this time, Marsyaryan Shoppe memang focus pada Merve Cosmetics je. In future, saya ada plan untuk jual beberapa items. So in the meantime, banner saya memang ada product Merve sahaja.

Again, untuk menjual baranga kita di kedai online kita ni, kita kena ada logo, nama dan cover.

Contd.....

Online Marketing Part 1: Google Explore

Last Sunday (16th April) I have attended Online Marketing seminar by En. Azriel. Di Cyberjaya. I will explain one by one in this post so that whoever read this will get the knowledge as well as I can do a revision of what I have learned.

Ni tentative program. This tentative using canva tau, tu later on will be explain.






Our boardroom.



Signage semua cukup, very comfortable.


Ada wifi jugak ye.


Bismillahirahmanirrahim.


Di Malaysia ada lebih kurang 31 juta rakyat dan 18juta daripadanya adalah pengguna tegar FB, means pengguna aktif. Wow!! Dan penggunaan wass up di Malaysia adalah yang PALING TINGGGI di dalam dunia. WOW!!!!!





That is why online marketing sangat di galakkan. Infact, mendapat sokongan kerajaan. And course yang saya attend ni FREE.











Our speaker, En. Azriel.




Kita start with explore dulu ye.

Dalam Internet, penggunaan Google yang paling meluas sebab Google hampir 98% tepat walaupun bukan 100%.

Apa-apa yang kita berminat nak jual, kita kena study the market first.

So, kita pergi ke ke Google and search for Google Trends.

Explore? What do you want to sell? Contoh kat sini, kita plan nak jual tudung, so kita google tudung, kecilan scope to Malaysia and past 12 months. Kita nak tengok trends of pencarian online tudung. Nampak tak kat bawah?


Graf kat atas shows that tudung tu a quit mendatar kan, tak berapa naik sangat. Agak mendatar, means bukan tak boleh jual cuma mungkin tak dapat income yang besar. Kalau kita tekan dekat plot tu, dia akan beri kita date, in example in 2016, yang paling tinggi kadar pencarian online bagi tudung pada August 2016. Kenapa? Sebab Raya Haji is nearby, so most probably pencarian online tudung untuk di pakai pada hari raya Haji last year.

Moreover, kita juga kena tau events macam raya, raya haji, merdeka end sales yang jadi penyebab pencarian bulan 8 tu tinggi. And alerts of environment also.


Location
Untuk graf kat bawah pula, kita dapat tengok pencarian mengikut tempat, saya dah kecilkan pencarian ke subregion and ianya menunjukkan bandar yang paling tinggi pencarian untuk tudung adalah KT followed by Putrajaya, KB, Batu caves dan Kuantan. 

Batu Caves????? 
You must kidding me. 
No darling.

Batu Caves nearby Gombak and we should assume that the search engine came from UIA students. Why KT, KB? Again kita assume yang this places paling kurang butik untuk the latest tudung and therefore diorang used online as medium to reach glamour tudung.

So penting untuk:-
1) Target audience
2) Kalau nak bukak butik tudung, buka di kawasan Top 5 tu.


Shah Alam?
Search engine kurang.
Diorang boleh dapatkan macam-macam jenama tudung kat Seksyen 7. Naelofar, Sugarscraft. Melambak sangat butiknya. You named it, you've got it.



Related topics.
This is actually for hashtag #. Later on I will explain. Hashtag this below named dalam advertisement di FB dan IG so ads anda akan 'naik' apabila diorang search.


Related Quiries
Same goes to RQ eh. Tengok RQ kat bawah. Tudung pucci, tudung bawal pucci, tudung warda, cikgu tudung hijau dan tudung saudia. Hashtag kan pada setiap post anda untuk menaikkan rating so your post will appear in search tau.



PESANAN: JANGAN MELANGGAR ETIK YE DENGAN MENGGUNAKAN HASHTAG SEPERTI #syria  #mangsabanjir. 
JANGAN. 
HORMAT HASHTAG YANG BERUNSUR KEBAJIKAN. 
MENIAGA KENA BERETIKA YE.


Compare
Sekarang kita compare pencarian tudung dan jubah. It just to see eh. Di butang compare bahagian atas, tekan butabg + compare. nampak tak biru untuk tudung, merah untuk jubah. Pencarian tudung melebihi pencarian jubah dalam Malaysia for the past 12 month.



Sekarang kita compare dengan kasut pulak. 3 item serentak. Kenapa? Iye, kalau kita masih belum keputusan samada nak jual online tudung, kasut atau jubah, kat sini kita boleh nampak stull pencarian tudung masih tinggi berbanding kasut dan jubah.

So betweem this 3 items, you oll nak jual ape?
Yes, correct.
TUDUNG!



Untuk dua graf di bawah, tunjuk pencarian jubah dan kasut mengukit city. Merah untuk jubah dan kuning untuk kasut. Again top 5 adalah KT. Nanti later on kalau anda semua nak jalankan FB Ads, include kan KT dalam anda punya city okey! As simple as that.




So basically kita dah tau, kalau kita nak jual tudung, di kawasan manakah kita patut fokus kan?


Contd....

Tuesday 14 March 2017

XXX

Dah lama juga tak tengok wayang dan tak berkesempatan.

Tapi ada satu hari yang kami balik KLM, kami pergi tengok XXX. Vin Diesel. Punya banyak cerita entah kenapa bini ni pergi pilih cerita ni. Entah kenapa.

Cerita kepoyoan VD dah jadi bahan tawa si laki. Laki gelakkan aku sebab pilih cerita entah hapa-hapa. Dan kenapa verita poyo dan entah apa-apa ni masuk pawagam.

Kenapa?

Patut poyo ini tak wujud sama sekali. Poyo sangat. Pasal kau VD maka aku adalah bini yang digelakkan lakinya. Sebab kau. 

Maka aku tidak puashati. Belum pernah lagi laki gelakkan aku pasal pemilihan cerita wayang. Maka kau telah merosakkan imej aku sebagai bini yang pandai pilih movie. 

Lalu, aku tengah berkira-kira untuk unfollow kau.

Follow / unfollow 
Follow / unfollow

AAARRGHHHHHHHHHH.

XXX: Return of the Xander Cage 


Monday 13 March 2017

Merve Cosmetics Malaysia

At earlier post, I have told you that I am following my close friend, Fatma jadi agent, I mean dia jadi stokis and I was under her as her agent.

As an agent, you kena beli lima (5) barang / produk tapi kalau lipstick, 2 produk baru dikira 1 sebab harga much cheaper. As an agent, ada percent 25-30%, stokis up to 50%, but dropship only 10% only register RM20.00, tak payah beli barang pun takpe.

I used the 6 product which are:-

1) Gorgeous Juice (with super fruits) - RM 135.00 tapi sekarang tengah promo; RM 115.00. I repeat  115.00 ONLY k!

No automatic alt text available.

Dalam 1 box dia ada 25 sachet. Makan untuk sebulan and 5 hari rest day. For me, 5 hari for rest day tu masa period, kalau period I did not consume any supplement. Please jangan ganggu period korang, banyakkan minum air masak je. Elak coffee, kafein and everything. Sebab kita ni perempuan, badan kita kompleks. Kita bagi dia rehat, keluar period then bila dah stop, start amik balik. Kelebihan dia ada banyak but again, terpulang kepada si pemakannya. 

For me, I makan, tiba-tiba bulan tu period lambat and sakit badan semacam. It may react to hormon kan, so jangan panik. Kita habiskan dulu minum (after period) then lepas dua kotak ke 3 kotak ke ok, baru boleh continue beli. Janganla expect lepas makan 2,3 sachet semua effect yang diorang advertised tu terjadi. Hehehhehhe. Be rational k! Rasa dia sedap, rasa jus grape, mcm ribena pun ada.

Tapi, again please make sure minum 8 gelas air putih sehari for better effect, or 3 litre of plain water. Kalau boleh jangan minum yang berkafein sebab minuman kafein akan hydrate all the nutrient tau, eh betul tak what I'm trying to say ni. Memang dalam minum jus ni, takde pantang pon jangan minum kopi, tapi what for kalau kita consume jus ni tapi tak follow the basic guide. NO CAFFEIN!


2) Full Coverage Foundation (with Super Fruits) - RM 105.00

Image may contain: candles


Foundation dia come as 3 basic colour, senang nak classified as tone 1 for Chinese, tone 2 for Malay and tone 3 for Indian. Mula-mula pakai serum, tunggu la few minutes untuk serum to function then baru apply matte powder. Kesannya terrrrbaaikk. Pakaila concealer nak cover eye bags and etc k.

3) Perfect Matte Powder

4) Illusion Creamy Concealer

No automatic alt text available.

Masa I beli, this two was combined. But actually, kalau ada orang yang nak, still kami boleh cari pada mana-mana stokis yang simpan stok ni. Even promo dah habis. Bought this two item at RM 125.00. Perfect! Concealer tu I masih lagi failed nak apply kat eye bags. Hahahhahahha. But I never give up trying. 


5) Cinderevfa (Blue Magic Lipstick) - RM45.00

No automatic alt text available.

Jangan tengok tang kasut tu, tengok lipstick dia. Heheheheh. Lipstick ni warna biru tau, ala kalau kita kata macam lipstick ikut warna darah cenggitu. So pakai this lipstick as based then, kita letak lipstick favourite kite as finisher. Cantik. Trust me, tahan lama.


6) Fairy Tears Potion (multivitamin primer serum) - RM 95.00

Image may contain: 2 people, text

Ni produk laku keras Merve katanya.
Ramai dah guna and ramai puas hati and banyak sangat repeat order tau.

I used to guna one serum satu jenama ni and actually I puashati. Tapi dah lama I tak beli sebab you know serum ni kinda mahal jugak la. So, bila decided nak jadi agent, I pakai balik. Apply serum in the morning, biar kejap, pakai foundation then bedak. So far I satisfy the finisher. Nak cakap bagus ke tak, it is too early sebab baru 1 week plus (semasa post ini ditulis). So, just wait and see. I tak nak terlampau obsess sangat jugak sebab I ada another set yang dah biasa guna so malam I memang tak pakai serum, I pakai night cream that I used to. 

Kulit I ni ok je actually, so far takde masaalah bila apply to any new product but still I have to be very careful sebab faktor umur kan, mana tau. But so far takde masaalah if campur-campur product. Kita kena la kenal kulit sendiri dulu before do anything k.

Selain dari itu, Merve ada produk-produk lain jugak tau, bukan produk tu je. Ni kat bawah ni.



The Unicorn Brush Set

No automatic alt text available.

Tu The Unicorn Brush Set. Ada 5 brushes. RM 120.00. I tak consume lagi. Tapi benda alah ni ramai peminat barang-barang cute. And each brush ada function tersendiri. Rajin-rajin la baca k. Membaca kan jambatan ilmu. I will buy nanti.


Fairytales Pashmina




Stok shawl ni kalau nak beli pada HQ kena beli sekali 3. Price dia with lace RM55.00 and without lace RM 45.90. So far shawl ni I tak sure penjualan dia sebab takde testimoni. Maybe ni bukan produk yang di highlight sangat, tapi kalau berkenan boleh je order.

.


Contour and Highlighter
.


Harga contour and highlighter sama dengan full coverage foundation RM 105.00. Untuk dua ni, the function to those yang MUA, yang tak MUA macam I ni mana nak reti apply. Hahahaha. Kang jadi patung tak bernyawa kalau I pakai karang. Tak sanggup mak. Tapi those you all yang reti, please buy these items, tahan lama k!



Sekarang I nak cerita pasal founder dia. Cik Joy diorang panggil. Single mom with a son. She is pretty. OK, I bukan nak kepoci, and I jugak tak nak blog ni jadi blog beautifulnara, tak pasal karang I kena hentam. Heheheheeh. Cik Joy nak kahwin again and the mysterious man is celebrity.

Tadi I cakap kat husband, makin famousla nanti Merve, laki I cakap, bergantung kepada marketing jugak kalau nak jual barang. Cehhhhhhh. Mengata I la tu. Iye, I tak reti lagi jual barang, I tengah belajar la ni. Rezeki kan Allah yang bagi.

Heheheheheheh.

Nah I belanja satu gambar founder yang cantik.


Image may contain: 4 people, selfie and closeup


IG: 

mdeeana
mervecosmetics.mdeeana

Please follow k!

WA: 017 293 8081 for order k.

Thanks.

Beauty is universal.
Every women born pretty in their own way.
But if you are dare to be prettier than now, please consume this product.

Thanks, 
Dee.





Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...