Sunday 28 September 2014

Iron Baju

Perempuan yang berkerjaya.. yang tak ada maid untuk bantu..

Pasti la kalau dah kerja 8 - 5 everyday, then petang balik rumah kena buat pulak kerja rumah. Penat. Dan banyak isu nak kena settle, hal anak - anak then lepas uruskan sorang -sorang, rumah pulak nak kena tengok or masak for dinner then take a good night and sleep.

Benda - benda camni sebabkan stress especially to perempuan yang pengemas dan tak suka rumah kotor. Ada je orang diorang boleh tidur dalam semak dan rumah berbau but NO to certain people. And ada je orang boleh pergi kerja tanpa iron baju!!

Jangan stress sangat. Kena chill, tarik nafas dalam - dalam. Rumah kalau kotor, weekend boleh panggil bibik mana - mana (rajinla surf) mungkin boleh dapat murah around RM 50 - RM 75 per day, but depends la kawasan and berapa orang and kerja apa diorang kena buat. Kalau takat kemas je, kat KK Hills pun ada yang attach every week RM 60 for 4 hours. Kita suruhla kemas rumah, mop lantai, basuh bilik air dan sewaktu dengannya kan every weekend. Sediakan budget.

Tapi part paling serabut sekali kalau kain baju dah ber settle, rasa macam tekanan je. My advice;-

1) U olls basuh baju u olls hari - hari. Caranya? buat jadual sekata - kalau basuh tiap - tiap malam after balik kerja, biar je mesin, esok pagi bangun sidai, bangun may took earlier 15 mins than usual, then kita tinggal jela but make sure kat tempat cerah dan panas tapi ada awning so that confirm tak kena hujan.

2) Balik rumah je buat kerja apa patut than curi - curi masa 30 mins untuk lipat kain baju and terus iron. 


Macam myself, after tidurkan anak - anak (diorang tidur awal), bangun kejap, lipat sambil menggosok ni maksudnya, I duduk je, sambil lipat, sambil iron yang memang perlu iron and iron baju rumah yang  kedut seribu.

Iron board tu untuk short iron time macam esok tengok nak pakai tudung ada kedut kat hujung, ha tu baru gosok atas iron board.

Trust me kalau kita buat hari - hari kita cuma perlukan 30 mins sahaja semalam. Jangan biar macam dalam bakul tu penuh membukit nanti sendiri penat.

So baju yang dah memang iron tu gantung dan tunggu pakai je. Tak payah la each time nak keluar rumah, nak pergi kerja menggosok, dah, dah macam 2,3 kali kerja. Dah lipat terus masuk almari. Done! 45 minit sehari (pagi menyidai dan malam menggosok) dapat elakkan kita dari stress and bila nak pakai apa je dah gosok! Satu alamari dah tersedia baju yang bergosok kan seronok!

Tudung pun sama. Cari tempat untuk gantung tudung. Tak payah la nak sekali pakai gosok, sekali pakai gosok, letih beb! 

Apa yang paling penting time management. Dalam part ni suami la penolong cos nak tolong kita apa yang patut dan jangan merungut sebab tak ada maid. We don't even need them! Semat dalam hati!

#rajinrajinkan diri
#perempuanberkerjayatanpamaid



Friday 26 September 2014

S.A.H.M

Tak payah explain la tentang tajuk tu rasa semua orang dah tau. I am 33 years olds mother of two, a wife, a student, an assistant to my husband, pengemas rumah, penggosok baju yang saaaangaattt berjaya dan juga maid. Teheeeeeee

Haritu I baca IG kawan I and dia cakap dia nak jadi sahm sebab  anak dia comel sangat. Its like a dreams la kat dia. Then response komen dia like few friends dia pun sama, to be sahm. Okey! Rolls eyes!

Firstly semua orang ada opinion sendiri la and whatever you oll wanted to be, be realistic! 

1) Anak - anak - diorang tak comel (baby) selamanya. Dia akan besar and jadi Marsya macam baru 4 tahun kehendak dah macam 20 tahun. Ni conversation me and her lately.

"Mummy, Marsya nak pakai subang la."
"Mummy, kakak nak baju frozen boleh tak?"
"Mummy kakak nak bawak kek frozen tau kat sekolah"
"Mummy kakak nak pakai make up - make up la" "Eh, kakak kecik lagi" 
"Takpela mummy kakak suka lawa-lawa"
"Mummy nanti nak tudung kaler biru bla bla bla bla"
"Mummy bila nak pergi Legoland?"
"Mummy Aina pergi Cameron, dia beli banyak strawberi, nak juga esok belikan"

Ayat dia banyak yang beli beli, nak nak, boleh tak boleh tak.

So ada tak kerelevan nya jadi sahm without fixed income?

OK fine u olls boleh meniaga online kan but online like 24 hours??

Kalau pergi ofis pun kat ofis sahaja 8 jam, masuk waktu pergi balik like 10 hours then weekend dah boleh spend time with children. Takyah nak fikir banyak cari customers advices sana sini. Kadang-kadang weekend pun tergadai tau!

2) You have collection of your savings and EPF!

Cuba korang kerja like 5 years and pergi tengok kut EPF savings. Mesti korang suka anda darabkan dengan berapa lama lagi korang boleh kerja. It going to be fine retirement, trust me.


3) Anak-anak memang sayang kita in shaa Allah tapi kalau kita tak boleh nak penuhkan kehendak diorang bila diorang teenagers nanti, macamana?. Diorang ada macam - macam kehendak. Kita dulu kan sama. Bila dah sekolah  menengah belanja dah tinggi, dengan nak beli barang-barang keperluan, kehendak lagi belum masuk belanja sekolah nak beli buku la, buku latihan la, buku kerja la, buku cerita la. Nak harap kat laki 100%?

Utilities lain pun perlu di bayar juga. If we could see how our future is, tu lain la. Sahm is not an alternative nowadays.

4) Kalau la kata laki kita kaya sangat la kan, let say, and we could get income from him, he bought us home, car la semua he could pay. Alhamdulillah. Hidup pun ceria, tak yah kusut2 nak kerja, dalam pada orang lain sibuk bekerja, kita jaga anak, we could get money too, ada maid lagi. BUT who are we to judge future?

Tiba-tiba laki kahwin lain or laki mati. What is our guarantee that we could move on without him? At least if we have career, it can recover jugak kan. Anak - anak akan besar, diorang akan ada life sendiri, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau diorang bantu kita masa tua, alhamdulillah kalau tak, kita cuma boleh redha apa yang kita dah buat untuk diorang all these while.

Lagipun laki dulu dan sekarang berbeza. Bapak-bapak kita pemikiran diorang lain.

Takkan kita nak kepit anak selama-lamanya.

5) Bila kerja, we got friends, we got to relax a bit far from home, with friends, makan-makan lunch, gelak-gelak kan release tension kan?

When I continue my study, few friends cakap ala, takyah la kalau husband u kaya u duduk rumah je, (kalau kaya). I continue study because for myself, to get a stable career and contribute something to the country and if I be a lecturer one day, itu akan jadi saham akhirat I, in shaa Allah.

Perempuan bekerja dan berkerjaya sebab nak tolong suami on the other hand for themselves, nak melawa, nak bershopping dan sebagainya.

Anyhow, to those with degree especially but failed to work, be sahm at the end, bukannya tak respect kat diorang, terbaikla sebab sanggup berkorban demi kepentingan anak-anak atau maybe they got own issues like takde orang nak jaga anak, atau trauma tengok maid jaga anak-anak kita atau ada laki tak bagi kerja ke, what a waste to a country sebenarnya.

Kalau ada pinjam loan macam ptptn, dah bayar ke belum? Yang kerja pun susah nak bayar kadang-kadang. 

Education is a light (ni my father always taught me). Dia selalu cakap education tu akan terangi jalan yang gelap. And what I did to make them proud of me (mak dan ayah).

If I decide to be sahm I guess mak and ayah kut paling frust sekali even I takdela bagi beribu-ribu monthly kat diorang. Ayah yang nak sangat tengok ayong jadi lecturer so harap ayong dapat penuhi impian ayah ni, in shaa Allah!


Thursday 25 September 2014

Detox

Sekarang orang dok sibuk detox detox detox. Ever since dari dulu lagi la. Sampaikan myself pun turut terpengaruh. Itu yang order SWKC tu tapi haritu dah habis and since now second order tak dapat lagi. I prefer COD so I'll wait Kak Ju tu hantar tapi sampai sekarang Kak Ju takde feedback. Entah la rasa dia macam slow je. Kalau penjual-penjual lain maik aihh punya laju. I akan tunggu atau tak beli langsung. Depends. Review? Still rasa takde perubahan ketara ke macam tiba-tiba glowing ke pejadah sume cos sebenarnya effect berbeza-beza. I tot giving SKWC second trial and see how. 

Dari duduk diam so kita cari alternatif lain, so buat sendiri detox macam kat laman social orang lain. So here is it.



Campuran segala jenis mak nenek limau. Lime, lemon and timun. Potong kecik-kecik, letak dalam jug, letak air kosong (jangan air panas) then letak dalam peti ais. Tunggu atleast 2 jam and air ni tahan 2 hari sahaja. Pas 2 hari buang. Ada juga yang letak berries depends citarasa u olls cemana. Sebenarnya saya dan suami adalah agent Forever Living. Ada je segala jenis MLM memang kamilah agent nya tapi tak bergerak dan kat rumah ada sebotol Aloe Vera Gelly.


So apa I buat campur half cawan gelly ni and half lagi air detox tu, then minum. Itulah agent detox saya buat masa sekarang.

Antara kelebihan Alo Vera gel ni adalah:-

Khasiat:
* Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.
* Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.
* Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.
* Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.
* Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.
* Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 90


Sekian!

Tuesday 23 September 2014

A Journey Has Begin

Eh betul ke ejaan tu. Ada grammatical disorder tak? Ke a journey has begun???

Hahahahah.

Why? If you are wrongly post grammar errror kang ada pulak orang membetulkannya.

Ada la satu IG yang I follow, dia nak tulis close on Tuesday is something like that, then ada reader dia tegur 'it is not close, supposed to be CLOSED.. kena tulis ed..' If you are asking me, mampus I dunno how to differentiate that. Seriously.

Teruk kan English..Oh maiiii... BM pun sama, bila orang semua tulis short form everywhere.. teruk jadi terok.. what the hell???

So Manglish is the  best. Cehhhhhh

So how was the journey of study? Masih la lagi terkial-kial even dah end year. They said we are gong to do DRP next semester. This semester hape pun takde buat. Relax betul kan. Hahahahah. 

So too my scholarship. Masih takde bayang. Sabron, sabron!

Banyak sangat personal things to catch up and lack of time management.

Entah I do need proposer management time.

Please please start.

200 journal nak habis????

OMG!!!!



Friday 12 September 2014

Happy Birthday Hubby

Tadaaaaa....

Ok post birthday my lovely husband

Semoga you panjang umur murah rezeki dan Allah sentiasa merahmati hidup you.

Panjang lebar I tulis kat kad birthday you, hopefully you will understand each sentence.

I tak de ape nak beli, I just grab one perfume untuk koleksi perfume you sebab perfume you cepat habis!

Love you always.

Even you're not mine (ni kata kata Erma Fatima) ..suami milik Allah..perghhh. jangan pulak nak buat hal ye... Sekian!

"peace yo!!"


A surprise cake from kaksu at spc..hidup bos israel
Hahahahahahah

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...