Monday 2 April 2012

Happy April

Ye, saya emo hari ini. Biasalah plus red flag lagi. Emo saya sebab hantar anak first day ke taska. Semalam saya sudah ajar Marsya perkataan baru 'Taska Lemon'. Berulang kali dia menyebutnya, amat payah sekali. Beg sudah saya siapkan seawal malam tadi. Bukan excited, bukan. Cuma mahu prepare awal supaya pagi tidak tergesa-gesa.

Dan pagi tadi waktu hantar te taska, Marsya sudah excited apabila ternampak playground di Taska. Reaction nya seperti biasa, seperti mahu melompat ke playground itu, tetapi mummy lebih kuat, ok!

Nampak seperti gembira, tetapi tak tahula nanti-nati. Tadi pun tidak menangis sebab ramai kanak-kanak sebayanya, dia sudah mahu berkawan dengan mereka. Selepas mummy bayar yuran, cepat-cepat mummy keluar dari Taska, takut Marsya menangis. Marsya pula seakan terlupa, siap melambai mummy dari celah - celah tingkap.

Y Allah, harap anak ku ok, sihat, gembira dan tidak menangis.Sedih. Mummy yang sedih. Hahahahahaha. Takut kalau perkara yang bukan - bukan terjadi, tetapi saya bertawakal. Tawakal kepada Allah.

Hujung minggu saya habiskan dengan anak saya. Cuba adapt macamana jadu full time mummy agaknya. Heheeheh. Ni husband flexi time lagi, kalau dia dah start kerja fixed time, tentu kelam kabut agaknya.

I am still doing my closing account. Bosan. Gaji pun belum masuk lagi. Esok or rabu, tengokla macamana kan sebab surat pun baru di hantar hari ini. Dahla busy hari ini ada kelas pulak and proJect paper tak fikir langsung pun.

Sedar tak sedar sudah April. Cepat. Pastu May, June, July sudah puasa dan August sudah raya. Pejam celik pejam celik anak pun sudah berumur 2 tahun. Time files. June nanti kelas akan berakhir. So, kena semangat sikit nak teruskan perjuangan..

Lagipun the other two weeks kan ada exam juruaudit tu so hopefully everything goes smoothly la because selalunya account ke finance ke kat gomen memang nampak macam tak interesting and my chance will be hogher. Heheheeheh, because we know that if we go for private lagi masyuk compare with gomen servant. Harapan memang tinggi la but you know that the salary tu mungkin tak berapa because currently my salary dah 3k plus if masuk gomen baru 18++ je, but I know that it secure, ada banyak kemudahan macam leave, hospitality and etc. 

I must think about my future jugak kan. If I dah grad nanti maybe can seat for exam ke hape ke. Cewah, dah jauh berangan nih. I almost forgot that this year I ada main kutu with Lisa's team and akan dapat duit in December. Tetiba I rasa nak pergi holiday somewhere la dengan duit tu. Hihihihihihi. Or shopping maybe. Hahahah. Oppppss, bonus tahun ni tak dapat lagi la ea. I dun know if my company can afford bonus this year. Honestly I dah lama tak rasa 'kaya' dengan bonus, token la, apela. Dah banyak yang kurangnya.

The situation was not good enough for me and the others too. 

Ok, setiap hari saya akan cuba mengarang di sini, setiap pagi dan karangan -karangan ini selalunya akan di baawa ke petang. Sangat seronook menulis setiap benda yang terlintas di kepala dan kadang - kadang idea jadi mencurah - curah. 

Sekurang-kurangnya kehidupan ini terisi dan ada 'seseorang' untuk di luahkan dan untuk dimengerti bahawa kehidupan ini tetap di teruskan, tetap di perjuangkan.

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...