Tuesday 17 April 2012

Penat, tired, exhausted

Aduh, dah berapa malam keadaan begini, adoi!!! Sakit badan - badan, tulang sum sum semua. Ini angkara anak kecil punya hal la, ape lagi. Anakku, kalau engkau dalam keadaan marah sekalipun, apesal la kamu suka tendang-tendang mummy mu ini. Tiap kali nak susu malam-malam kena tendang mummy. Sakit tau! Adoi anak kecil.



Semalam I pergi class setelah minggu lepas memonteng. So pada 7th May nanti I will attend my first test la, adoi, test. Dahla presentation individual hari tu I tak dapat nak commit. Sangat tak suka. Letih sangat especially kelas hari Isnin, sangat kelam kabut sebab Isnin selalunya hari pack. Then, hari Selasa akan  jadi hari paling penat dalam dunia. Ohhhhhhhh

Then bila I tengok balik schedule, La, kejapnya, June nanti nak habis kut. Go dee go! (Apa lagi boleh buat kan selain memotivasikan diri sendiri).

Kerja camtula, rasa nak blah memang dah lama terpahat kat hati ni, tetapi tak kesampaian lagi. Masters pulak sangkut satu paper lagi, ni di namakan dugaan. Kalau tak memang dah selamat kut buat phd. Tak kuasa nak layan karenah-karenah bodoh cam gini.

Masaalah dan dugaan datang dalam macam-macam bentuk. Kita ni di uji dalam macam-macam bentuk ujian. Contoh kat ofis ada Kak Jihan and Zura yang nak pregnant tak pregnant lagi. Bila I preview blog Mala, dia pun tengah mencuba untuk pregnant. Huda pulak dah dapat 2 anak dalam masa yang singkat. Hanum and Aifaa belum bertemu jodoh lagi. Diorang pun bukan tua sangat lah kan nak risau tak kahwin lagi. Lisa pulak dah kehilangan anak dan tengah pregnant lagi, insyaAllah akan dapat anak lagi.

I pulak dah ada anak, kalau boleh taknak komplen apa-apa pasal jaga anak tapi kalau dah tiap malam badan sakit, adoiiii! Anak tu kan 'gift' so kena la jaga sebaik-baiknya. Dan itu adalah dugaan untuk saya. Untuk di tempuhi.

Okey, hari ni penat sangat tapi lunch di sponsor abang Dino so hilang penat. Hahahahaahah. Dessert tuitti fruity, yummy.

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...