Sunday 25 November 2012

My Convocation Day

It is my convocation day. Most probably the happiest moment ever in my life, I mean one of the happiest moment of course. Inila saat yang di tunggu-tunggu after few years studying. Struggle with life and once kadag-kadang tertoleh belakang, mesti teringat saat-saat manis, duka, sedih, tawa dan macam-macam lagilah.

Dan kenangan-kenangan dengan classmates semua takkan di lupakan. The experience, the knowledge has grown me up. Through classes ni I am out of kepompong SA  yang terlampau comfortable and I learnt a lot. The people was so damn hilarious.

Thank you to all for friendship, love and caring. Thank you Farah and Nina, though both of you couldn't make it, I dedicated my success to you guys. To abang Rosli, thank you for sharing knowledge and experiences. To ex classmates, even though I memang tak convo dengan you all, I do really miss those class, those borak, those ngumpat offices, those makan and lepaking at abang mat and so.








Me and Mieja. Grad diploma (DBS 2005), degree BBA Finance (2007) and MBA (2012) together. Anak lahir pada tahun dan bulan yang sama (Sep 2010), laki kitorang umur pun sama (born 1982), kahwin tahun yang sama (2009). Birthday kitorang pun bulan yang sama (Oct) Korang ada friendship camni? Dan masih contact lagi.


Me on the screen. Nampak tak nama tu?


Invitation card



So back to MBA evening track class, I do miss them and I am sure that they miss those too and I do really hope that you all already find a way to your career cause the main point we further studying to upgrade our career kan? So, I wish you all luck in whatever you all do. Misssssssssss you guys (in tears)!!!


Ok, this is Nina, farah and me.




Farah and Fazli



Lots of pictures, but this is precious to update. Rindu korang, thanks for everything!


Thursday 8 November 2012

Hello blog.. I just want to say.. I am 18 weeks now! Sunnguh cepat masa berlalu, cehhhhh! November adalah bulan yang sangat busy untuk diri saya. Heheheheh. Saya akan konvo, yeah!!! It's on 24th November, sidang tengahari. Luckily I have Mieja around, even tak grad dengan rakan-rakan sekelas, tapi sekurang-kurangnya grad kan?

11th ni ada wedding Hajar, not sure boleh pergi ke tak. Segamat is so far away la Ajar, hahahha.. Then, 10th tu Iela ajak datang rumah dia sebab ada cukur jambul her second baby. Pastu 17th tu I got rehearsal for convo. Plus convo on 24th and seminar MIA on 27 & 28th. So what else?

And end of the year, the preparation for audit make me damn tired. I got first proper check up on 19th. I just hope that baby will fine, everything will be ok. Pray for the best. Paling best, got few friends also got pregnant. Shaq delivered on June, Fara bulan Feb kut, then Zura baru dapat tahu maybe around 7 weeks. Also, friends yang I read their blog macam diana molok pregnant kembar ok. Even dia baru 13 weeks kut but most probably again we will deliver around the same time. Macam her first daughter on 16th Sep, but Marsya on 20th Sep. Just Mieja je tak pregnant lagi even kitorang da janji nak pregnant sama-sama. Hahahahaha.

The happiest moment saya akan konvo and I want to enjoy the moment. Mak pun dah tempahkan jubah untuk konvo nanti. Yela, pompuan mengandung takkan nak berangan pakai baju kebaya pulak kan? I nak beli kasut sahaja nanti, yeahh.

Finally dreams come true kan? The next step will be what to do, tu ppun akan di fikirkan after I got deliver nanti.


Thursday 23 August 2012

Kerja oh kerja!

Aisyeman, kena kerja hari raya ke-4. Wah wah wah... Sangattttttt besttttttt!!!!!!

Hahahahaha. Taska tutup seminggu so pagi-pagi tadi hubby dah hantar my lovely Marsya Arani ke rumah mak di KLM. and paling best husband siap makan nasi rumah mak. Tak tahu anak mak ni tengah kebulur tahap gaban. Perut ni lapar je kerjanya, tapi bila nampak makanan, selera terus potong! Ataupun makan sikit je sebab rasa senak.

Alah, mengadanya! Padahal  tak sampai dua bulan lagi kut pregnant. Cerita pasal umur kandungan ni, pelik sebab during first month yang tak period tu still tak pregnant (as doc said). I just start preggie after second time tak period, so doc decide scan by next week. 

Then I cakap kat mak, mak pun cerita yang dia pun macamtu masa mengandungkan I, so dia macam mengandung 10 month. Ok, takpelah, asalkan I mengandung yang sihat, sudah, But I kinda feel that this time going to be sangat cerewet. Time lapar seolah-olah I nak makan sepinggan nasi melantak, tapi once nasi sampai je depan mata, separuh  pun tak dapat habiskan and I tak suka banyak benda and awal-awal ni tak suka minum susu.

Aduhai. Raya pun satu lagi masaalah. Nampak nasi impit, rendang semua nampak tak sedap, terpaksa telan je semua sebab kalau tak, nak makan apa pulak kan? So, terpaksa telan. Kuih raya pandang sebelah mata je, tak lalu nak makan! Marsya pulak dok syok telan everything sedap je kat mata dia, tak ada yang dia tolak, semua dia masuk mulut. Tambah-tambah tok aki die bagi minum ais, amboi siap minum sambil senyum. Kalau dengan mummy, minumla air kosong ye!

Since hari raya and dengan tok, nenek takpela bagi kelonggaran sikit kat dia. balik KK mungkin tidak la kan! 

Hari ni first day kerja, adalah a few things yang pending kena siapkan. Buatla slow-slow walaupun mata kata tido, tido.. Huhuhuhuh. Dugaaan la nampaknya! Tekak pulak asik pahit jer, aduh sangat banyak songeh wooooo!!!!




Thursday 16 August 2012

Double Joy

It's a double joy!


Ketidaksabaran diri ini semalam membawa saya ke suatu tahap kegembiraan yang tak terkata. Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu di ucapkan pada ketika ini.

Pertama saya akan konvo yeah peeps! November ini akan membuktikan bahawa berkat kesabaran, daya usaha akhirnya membuahkan hasil.
Alhamdulillah. 

Saya tidak sabar menunggu hari tersebut. Hari saya akan ke pentas konvo umtuk kali ke-3 untuk MBA. It's personal achievement.

Anugerah untuk diri saya. Tanda bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai selagi saya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selagi ada kemahuan, disitu ada jalan bukan? Saya mahu melanjutkan pelajaran lagi, itu azam saya. Sesekali menoleh ke belakang, mengenang kembali perjalanan MBA selama 6 semester (4 tahun), setahun saya bercuti semasa deliver Marsya. Banyak titis air mata, keluhan, kepenatan, tekanan tetapi semua saya lalui dengan tabah.

Masa dan tenaga di perlukan dan kekuatan mental itu adalah perlu. Saya tinggalkan anak dan suami setiap petang demi mencapai cita-cita. Anak masih kecil dan masih tidak mengerti apa-apa, suami saya memahami. Alhamdulillah.

Saya ada rancangan masa depan sendiri dan tidak mahu ketinggalan. Orang yang ketinggalan adalah orang yang rugi. Saya mahu dapat kedua-duanya, dunia dan akhirat, itu matlamat hidup saya. Setiap hari saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik, setiap waktu. Saya tidak sempuran saya tahu. Lubang ada di mana-mana, tetapi saya mesti paksa diri sendiri.

Keduanya, ye saya sudah mengandung lagi. Saya sangat sangat gembira dan saya berdoa agar diberi anak lelaki kali ini. Mudah-mudahan, aminnnnn!

Saya belum beritahu siapa-siapa lagi. Belum masanya. Saya juga belum buat proper check up. Mungkin minggu ini, sebelum saya pulang ke Kuantan.

Mahu ambil acid folic and calcium. Saya juga mahu minum susu. Saya mahu baby ini sihat. Saya belum tinggal puasa lagi, walau ada ragu-ragu dalam diri ini.

Cuma keyakinan kepada Allah supaya melindungi anak ini dari segala bencana. Jika di takdirkan Allah, anak ini lelaki saya mahu beri nama Muhamad. Biar dia menjadi seorang penghulu, ketua kepada keluarga dan masyarakat, amin. Cita-cita saya tinggi. Mahu lihat Marsya dan baby jadi anak yang beriman, berguna kepada masyarakat, insyaAllah.

Ya Allah, beri HambaMu kekuatan, ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Semoga kami sekeluarga dalam rahmahMu ya Allah. 
Aminnnnnnnn..

Tuesday 14 August 2012

24th Ramadhan


Hari ini dah genap 24th Ramadhan. Alhamdulillah puasa belum lagi tertinggal. Rezeki Allah bagi supaya dapat berpuasa penuh pada tahun ni. Syukur rasanya. Semalam I got this 'emo feelin' which I dunno how to describe it. Tiba-tiba jadi sensitive to all things.

Susah nak cakap, susah nak gambarkan. Apkah ini tanda-tanda nya??? Apakah? Hahahahahah..  Itu kut yang buat emosi tak stabil..

Agaknya la kut! Tapi masih manjadi teka teki sampai sekarang la. Its ok, I will update about 'that thing' later.

Mood nak raya dan bercuti dah start datang dah pagi-pagi Isnin ni. Haiyaaaa..malasnya nak bekerja and I already start cuti this Friday

Tapi sebelum tu I already promise all staff/ boss to prepare for half month salary. Baik kan I? Hahahaaha. It's company's money

I only prepared it, maaaa! Sementara nak menunggu report sampai, I still need to do some 'accountant' things. 

Nak tengok apa lagi tak settle and everything. Muak tak bekerja? Masih lagi muak tapi hidup mesti di teruskan kan? It's life!

Sometimes susah nak predict perangai orang. Ada orang rasa dia dah best sangat tapi sebenarnya tak pun. Susah nak jumpa orang yang sincere, humble sekarang ini. Semua nak tunjuk diri masing-masing best, nak up selagi boleh.

Kalau part kerja pulak, ada orang rasa kerja dia la yang paling best and perfect and orang lain selalu salah. Tu pun pening jugak nak face and ada pulak orang yang duduk tak buat kerja pun ada jugak. Jadi, kesimpulannya, nobody is perfect and even we think we are we are totally wrong. 

Hampir kepada kesempurnaan tu mungkin ada tapi tetap ada cacat celanya. hanya ALLAH yang sempuran sifatnya. 

Wallahualam.

Saturday 16 June 2012

Update on Me


My life was still at the same lately. No changes, but I guess a lot more happier, amin. 

My class almost end, only I got one assignment to finished. Convo!!!

My marriage also in the same mood and we are also trying to be a better person, everyday!  I got a strong support from husband, my life is bless. It is 21/2 years on 12.06.2012.

It just started, sometimes it got complicated, sometimes it's fun.

I got to no comment on tiring, penatla cakap 'penat!'. I got more energy than before.

I try to eat a healthy food, sleep and wake up on the same time, put in schedule in everything I do and I got less exhausted.

Less carbohydrate and more vitamin C.

Actually it happen last Monday night, after class, we all went for dinner, in Batu 3 Shah Alam and then we all ate keropok lekor.

Balik je rumah me and Marsya habis teruk satu badan kena gatal. It's already late night, so we decided to wait till morning to go to clinic.

Satu malam, all I've heard is that crying from a daughter and I was scratching all over my body.  When I woke up early in the morning, rashes was all over my body, hands and stomach area. It is because of the scratching. Marsya is ok, sikit je kena and after took medicine, I send her to Lemon.

I was being advice to eat less-protein food and avoid eggs, seafoods and etc untillllllll...I was recovered.

Entahla since I cut-off many foods for past few days, I feel more energize.

Then, if we go for dinner, since I only ate certain things, my stomach feel very relief.

And I got a good sleep than before.

Every morning I drink one bottles of plain water for recovery.

And I try to put a slice of lemon into it. Ada dengar la cakap kalau nak kurus pagi-pagi minum air suam with a slices of lemon.

Harap menjadila kan. I was not expecting kurus kering macam supermodel ke hape, just nak kempiskan perut part je.

Moreover, I just want to feel confidence and get a better life.

One more thing, I did skip my gym class. Dah berapa bulan tak pergi, it such a waste! I have to workout la kan. Once in the moonlight ke pun takpe.

And another thing that bother us lately both of us already bored to eat outside. Dah bosan.

So we decided to cook by our own.Tak taula jadi ke tak rancangan ni tapi barang dapur dah beli, so no harm to try. Plus I got another project to do - siapkan langsir rumah. 

Anddddddd, rancangan untuk preggie lagi masih di teruskan even last time plan tak jadi. Hahahahaha

Friday 15 June 2012

Oh Hati


Kadang -kadang hati kecil ini sukar di mengerti. Sedih pada perkara-perkara yang tak sepatutnya tak patut berlaku rasanya.

Sedih pada perkara-perkara remeh. Tapi siapa aku mahu mengelak pada hati. Ianya datang sendiri.

Pergi pun sendiri. 

Masa akan menyembuhkan, InsyaAllah. 

Allah lebih mengetahui. Hati jadila Engkau seorang yang bersih yang baik dan jauhkan aku dari segala perbuatan buruk. 

Sesungguhnya aku adalah lemah.

Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini insan yang bersyukur, yang mengerti bahawa kehidupan ini sudah di tentukanMu

Semua isi tersurat dan tersurat adalah HakMu. Aku cuma menuruti langkah, untuk menjadi insan lebih bersyukur dan suatu hari nantiakhirat adalah tempatku. Dunia ini adalah perjuanganku dan jadikanlah aku seorang yang kuat demi perjuanganku. 

Ya Allah, jadikanlah aku isteri dan anak yang solehah, ibu yang mithali dan anak-anaku adalah anak solehah yang dapat mendoakan untukku di akhirat kelak. Aminnnnnnn

Sunday 10 June 2012

Snow White Review



Last night I and my lovely husband watched this movie. It ok, I loved it but, as said by husband 'Why Kristen Stewart?' Yes, why Kristen Stewart????

Charlize Theron was so amazing, real, super natural. Kristen Stewart like errrrr stone. Aduhai! Reaction muka fail, comel also fail, the mirror must be wrong I guess! Hahahaahahah. Whatever it is, it's shock sebab the 'real prince' for Snow White adalah seorang duda yang bekas kaki mabuk and judi (Huntsman) not the child love for her (William).Okey, serious tak faham!

I like the story teller part but not the actress. Entah kenapa I think that why they didn't gave the Snow White to Natalie Portman. She is lovely kan. Hmmmmmmmmm




Thursday 7 June 2012

Revenge Season 1 Finale

Revenge Season 1 dah habis malam semalam. It's really unexpected and unpredictable and I loved it so much. Yela, kadang-kadang cerita yang dah tau ending seems tak interesting kan? So I am waiting patiently the second season which I have no idea when it will be showing. Ada orang tau tak? Heheheheeheh

So, kesimpulannya, harapan ku agak punah jugak la sebab nak tengok Jack and Ems (Emily/Amanda) to be together tak kesampaian. Baru excited nak tengok scene Ems ke rumah Jack, eh tiba-tiba ada pulak Amanda fake tu kat situ but you know how they make us can't wait to watch for the second one. Let say if Jack and Amanda was together in first season, dah tak interesting la cerita tu kan?

It was damn good story after all. For fun and I was enjoy the whole series. Ok, bila nak keluar second season nih!!!!!


Friday 1 June 2012

Avengers

This month I went for Avengers movie. Kinda a interesting tapi macam Shaq kata apsal Hulk sama tinggi dengan Iron Man. Kenapa jugak la Hulk tu jadi normal bila jadi Hulk. Bukan ke kalau dia jadi Hulk dia kan lupa everything?????

Tapi apa pun Avengers tetap best. And I loved so much Iron Man!!!!! Wewittttttttt!






Captain America and Thor. Captain America ni takde pun takpe. Hahaahah. Thor hensem!


Oh my hero, Iron Man. kalau Iron Man sensorang pun dia boleh menang. Heheheehhehehe

Monday 23 April 2012

The World of Mom

Since I amik Marsya from my mom and decide to take her by my self (helping from hubby of course), I am damn tired. Yes, sebulan ni I was so exhausted sangat, rasa macam tulang-tulang ni dah all broken. Hahahaaahaha.

Lepas balik kerja, all my life dah dedicate to Marsya. Kadang-kadang tak sempat buat apa pun just mandi and sleep and play with her. Read with her la apela, susun boxes apela, dan buat apa sahaja. Dan semua akan nampak interesting to her kalau kita main dengan dia.

Ok, I get it my daughter, in the other words 'Don't let me play alone or I will become tantrum!' Understood!

I learn that apa-apa sahaja perangai anak kita adalah mirror to us. Cermin diri ibu bapanya. Contoh, Marsya bila marah sekarang sudah pandai hentak kaki. It's mine, I admit it. Marsya kalau nak tidur cari buku. It's her daddy's. My husband says kalau tak boleh tidur dia akan cari buku sebab bila membaca dia akan mengantuk. Hahahahaah. Marsya suka marah. It's your daddy again. Marsya becok like daddy. Marsya suka makan biskut  like me. I love biscuits. 

Ok, enough la bout her. I nak cakap pasal 'kepenatan' myself yang dah tertanggung dah ni. I truly deeply penat. Tak larat. Entahla, kenapa penat sangat since Friday tu padahal Sabtu tak kerja.Bila I cakap dengan my husband jawapan dia 'You ni tak habis-habis penat' 'Dah memang I penat' Ok, I pun tak mahu mengalah jugak. I am not superwomen okey and I will not pretend I am a supermom.

Tula laki ni tak boleh bagi muka sangat. Kalau dah kerja diorang tolong kumpul baju kotor, put in washing machine, sidai and angkat. I takkan bagi muka. Let them do their duty. I akan lipat and gosok them.

Tiba-tiba kan I terbaca satu blog mummy izz macamtula blog dia. Banyak benda yang fikirkan, I realize.

Kadang-kadang I selalu komplen kat my husband, bila business you nak okey ni, bile I boleh dapat macam apa yang I dapat macam before kahwin dulu? Selalunya jawapan husband, 'Sabarlah, I tengah usaha'. My husband jarang jarang jarang marah I. Dia selalu membebel contoh, tak tutup air dalam bilik air, tak tutup suis lampu which for me remeh. I yang selalu marah dia balik kalau dia tegur I. I akan cakap"Dah you tau I tak tutup suis, you tutuplah, bisinglah you!'

Selalunya husband senyap je. Jarangla nak marah balik and dia jenis sedaya upaya akan beli apa I nak kalau dia ada duit. Tak pernah berkira.Kat rumah kitorang pun dah cukup dah barang-barang rumah yang ada. Kalau nak tambah, tambah carpet jela kut. Sebab my husband dah beli masa awal kahwin dulu. Jadi, rasanya tak perlu la I nak merungut dengan life I ni. 

Anak pun attach dengan daddy nya, which I boleh buat kerja rumah bila balik kerja sebab dua beranak tu boleh tengok tv dengan amannya.

Eh, cerita pasal blog tu, I rasa memang tempat dia meluahkan perasaan dia la. Memang ada entry dia cerita pasal laki dia, and I am so grateful that my husband absolutely NOT like that. My husband full of rumors and suka sakat I. Tak sempurna hidup dia kalau tak menyakat bini dia. My husband tak suka merungut, I am the grumpy one, hahaahahah. My husband was easy going and I take my life seriously. I work hard especially dalam studies I, I buat MBA sebab nak improve diri I which my husband support and selalu cakap 'Untung ada pelajaran'. My husband belajar diploma multimedia graphic from cosmopoint (sekarang KLMU), bagi I dah cool dah. Tapi graphic ni tak menjanjikan kekayaan. It's ok husband, long way to go, rezeki you tak sampai lagi, sikit lagu je ni.

And dia ni (blogger) selalu sakit, tapi selalu dia tak amik berat sakit dia. Doc dah suruh further kat hospital, dia tak pergi check lagi. Kalau I dah meroyan pergi dah hospital. Diorang ada 4 anak lelaki and husband dia selalu merungut sebab anak diorang nakal. Hello, dah tau anak tu lelaki of course la nakal, empat pulak tu. Adoiiiii, laki oh laki. If I was in her place, sumpah dah lama kena tinggal laki tu.Nasib baiklah bukan I yang kena kahwin dengan laki tu. 

Tapi takpela, that's was her life. Dia yang hadap laki dia dan mungkin banyak kelebihan suami dia yang dia tak tulis. With four heroes in the family maybe his husband naik angin. Even dengan Marsya sorang pun dah cukup menguji kesabaran parents nya kan? Do not compare your life with others because you have no idea what's on their journey.

I salute dengan blogger tu (mummy izz), I do really admire you, your strength, you!

I pun kadang-kadang bila I penat, I komplen, my husband never complaint me back. I anak seorang pun penat, ni kan pulak empat, tak tahulah. Kena jaga alone pulak tu sebab husband dia was in Johor. Long term relationship. I nak  masak, husband cakap tak payahla, kita makan luar je. I . Okey, part ni paling best sebab tak payah masak. Hahahaahah. Marsya pun makan kat luar sebab Marsya makan sepah husband tak nak rumah sepah-sepah. So, kan senang kalau ada persefahaman.Husband cakap kalau ada maid lainla, nak kena kemas each time Marsya makan sebab anak kecil tu nak makan sendiri and we all selalu bagi kebebasan untuk dia makan by her own. Dia suka, let her do what she likes kan. Kalau terlampau straight nanti tak independent pulak anak. So, ada benda kitorang bagilah dia kegembiraan kan. Tak salah kan. 

And I tak bagi my husband keluar malam. No way. Bukan queen control tapi malam spend la quality time dengan anak. Okey, nak keluar tunggu anak tidur dulu. And soalan I 'Kenapa you nak keluar?' 'Penting ke?' And selalunya husband akan terus terang cakap 'Eh, apsal soalan you annoying sangat eh' I cakap 'I tanya je.' Hahahaahah. Selalunya husband keluar malam sebab ada benda pasal dia nak discuss camtula. Kalau tak dia memerap je sambil tengok HBO ke Star World ke, heheeheheh. He loves watching tv so much!

Me? Kalau takde benda nak buat, together gether dengan husband tengok tv sambil tu buat conclusion cite tu. Hahaahahahhahah. Itula sebenarnya world of mom. Husband and children. I mean Marsya. Kesabaran kena tinggi. Husband and wife kenala saling memahami kan? Okey, malam ni bukan malam Jumaat, hahahhhahaahahh!!

Friday 20 April 2012

research paper

Hari Rabu hari tu pagi-pagi dah pergi itm sebab nak dengar talk pasal mybrain15. I was like not-so excited sebab I am damn tired lately. Sangat letih. Then bila fikir balik pasal phd I teruskan jugakla usaha. Hahahaahh. Basically phd by research we can apply throughout the year and pengambilan adalah on monthly bassis. For coursework plak (DBA) kena apply before 31st May 2012 and register will be on 11th August. Wah, so damn fast!

I should think about the title, preparation on proposal by now actually. Since I only took one paper this semester, suppose I got more time la kan. Tapi tak taula time would be available for me ot not. Hahahaah. Sarcastic  punya ayat!

Ni assignment marketing pun tak tengok-tengok lagi kan. Ada hati nak buat proposal, tak tahula boleh siap ke tak. Hopefully bolehla. Sekarang tengah kumpul material.

The process tu might took some times and I don't know where to start. And at the same time, I tanak push myself to hard. I insist to take PhD by research because I felt its more relevant compare with DBA. Lagipun I dah spent 3 years doing MBA coursework and I don't want to attend any class. No more class. Relaks la sikit, nak push for research paper je. Tapi paper kena la bagus kan so that we will confident to do it.

I wanted to do something relate with talent management. I tengah nak narrow down the title, from HR issues, tengah nak kecikkan to something yag useful. Masa I pergi seminar tu i got some idea and point yang di cadangkan oleh speaker:-

1) Cari issue, apa yang kita nak selesaikan and make sure it relevant which can be settles
2) Gather data berkaitan issues and list all datas.
3) Make sure research kita something meaningful, easily understand and beneficial to others example to the industry ke, diorang boleh guna tak thesis kita nih

I tiba-tiba macam nak tak nak HR sebab I tak tahula samada Hr relevan ke tak nak aplly sebab diorang ada protected Act and etc. Tiba-tiba I berubah hati. Hahaahahahah


Tuesday 17 April 2012

Penat, tired, exhausted

Aduh, dah berapa malam keadaan begini, adoi!!! Sakit badan - badan, tulang sum sum semua. Ini angkara anak kecil punya hal la, ape lagi. Anakku, kalau engkau dalam keadaan marah sekalipun, apesal la kamu suka tendang-tendang mummy mu ini. Tiap kali nak susu malam-malam kena tendang mummy. Sakit tau! Adoi anak kecil.



Semalam I pergi class setelah minggu lepas memonteng. So pada 7th May nanti I will attend my first test la, adoi, test. Dahla presentation individual hari tu I tak dapat nak commit. Sangat tak suka. Letih sangat especially kelas hari Isnin, sangat kelam kabut sebab Isnin selalunya hari pack. Then, hari Selasa akan  jadi hari paling penat dalam dunia. Ohhhhhhhh

Then bila I tengok balik schedule, La, kejapnya, June nanti nak habis kut. Go dee go! (Apa lagi boleh buat kan selain memotivasikan diri sendiri).

Kerja camtula, rasa nak blah memang dah lama terpahat kat hati ni, tetapi tak kesampaian lagi. Masters pulak sangkut satu paper lagi, ni di namakan dugaan. Kalau tak memang dah selamat kut buat phd. Tak kuasa nak layan karenah-karenah bodoh cam gini.

Masaalah dan dugaan datang dalam macam-macam bentuk. Kita ni di uji dalam macam-macam bentuk ujian. Contoh kat ofis ada Kak Jihan and Zura yang nak pregnant tak pregnant lagi. Bila I preview blog Mala, dia pun tengah mencuba untuk pregnant. Huda pulak dah dapat 2 anak dalam masa yang singkat. Hanum and Aifaa belum bertemu jodoh lagi. Diorang pun bukan tua sangat lah kan nak risau tak kahwin lagi. Lisa pulak dah kehilangan anak dan tengah pregnant lagi, insyaAllah akan dapat anak lagi.

I pulak dah ada anak, kalau boleh taknak komplen apa-apa pasal jaga anak tapi kalau dah tiap malam badan sakit, adoiiii! Anak tu kan 'gift' so kena la jaga sebaik-baiknya. Dan itu adalah dugaan untuk saya. Untuk di tempuhi.

Okey, hari ni penat sangat tapi lunch di sponsor abang Dino so hilang penat. Hahahahaahah. Dessert tuitti fruity, yummy.

Monday 16 April 2012

My New Favorite TV Series

Okey, sekarang I tengah gila tengok Revenge kat Star World. Sangat best. 




It is all about revenge in Amanda Clarke @ Emily Thorne which she insists to take revenge to everyone who involved in her father imprisonment. Tapi kan sebenarnye her father already told her not revenge and forgive everyone.

Her father already investigate siapa yang salah, macamana boleh sampai kena tuduh as terrorist masa dalam penjara. Masa kena caught tu, tu Amanda kecik lagi, so die kena masuk juvenile sebab her father was accused as terrorist. In prison tula her father write macam article kut and find out siapa yang jadi dalang sampai dia kena buang dari Grayson. And he passed all the evidence to her daughter Amanda through Nolan.

Kaitan Nolan dalam cerita ni adalah bapa Amanda was one of his funder in his company and Amanda ada share dalam company tu and keluar je dari Juvenile she has money. I mean so much money.I dunno how both of them met. (Amanda's father and Nolan).

Dalam cerita ni, Emily berlakon konon-konon fall in love with Daniel Grayson so that she can come near to Grayson's family. Emily and Daniel as per below picture.




Nick Wechsler was so hot okey. Dia jadi kawan baik Amanda masa kecik-kecik. And he got feelings for Amanda, siap beli boat and name his boat after her. Romantik! Then bila Amanda get back she change her name to Emily and of course nobody knows her kan. Except anjing peliharaan Amanda which is Sammy. Sammy kenal Amanda and from the scene we knew that how Emily tried so hard to ignore Jack sebab dia takut Jack dapat recognize dia. Sammy pulak since Amanda or Emily in town asyik pergi rumah Emily cause it know that was Amanda. Btw, Jack keep Sammy after Amanda and her father leave.




Ada banyak unexpected scene dalam this series which I loved so much. Surprise and all other sampai I am obsess kan. Hahahahaha.

It shown every Monday and Tuesday 10.45 pm and ada episode repeat back to back Sunday malam pukul  10.50 after Glee. Repeat lagi on the following day at 6.05 pm. Series hari Isnin shows Tuesday petang and Tuesday shows Wednesday petang.

Okey, sangat best!

Oh Exam

I went thru a terrible exam process for juraudit w41 scheme. Okey, macam hell. Last Saturday I pun pergilah exam yang I dapat tu as per schedule dan guess what? Balik dapat migraine. Gila! Balik, makan dan tidur. After tidur tu baru fresh sikit.

Exam tu kena banyak fikir and my brain just cannot accept anymore. Hahahahah. Kalau exam pun dah macamtu, kerja nauzubillah la agaknya. They saying that this w41 basic salary is 2700 excluding allowances. Agaknya tu penyebab ramai graduates tertarik with it and basically ada 300 plus candidates who seats for the exam. Tu tak termasuk candidates kat tempat lain kan.

Dan ramai yang muda-muda. Yang tua-tua kurang. Best sangat ke kerja government nih? I am not sure but I guess the politics kerja labbih kurang cam sa je kut?

Friday 13 April 2012

Perkara - perkara penting

I've got an email from uitm saying that I am invited for mybrain talk, only for final students for degree and phd. It is going to be this Wednesday and I am planning to go. Hopefully takde halangan dan dapat attend the seminar la. So I asked Mieja to teman me around and she is replying cakap interested so I guess I ada kawan la nanti.

Tema call I pagi tadi then she told me that Nini will ended her single mingle world this June. Fuyoooo, okey I dah lama sangat tak pegi kenduri kahwin kawan-kawan sebab kawan-kawan semua dah kawin. Hahahhaahah. Nak tunggu Tema punya wedding tak taula bila. Boleh jadi wedding paling grand seabad la kan!

Dah dua malam I cannot sleep well sebab anak kesayangan intan payung itu kena kahak and she cannot sleep well too so dia mengamuk sakan each time dia batuk. Since dia tak dapat nak throw away kahak yang telah menjadi penjahat dalm hidupnya sejak 3 hari lepas. Dia telah menduga kesabaran ibubapanya secara dia tidak sedari. Mau sahaja mummy melempangkan pipi gebu dia bila mummy susah untuk membuka mata mummy melayan karenah si diva tersohor. Tetapi malam tadi I just keep in mind that pahala menjaga anak demam dan berjaga malam adalah besar. Besar ye tuan puan.

Aduhai anak diva, kenapa anda suka mendera ibubapa anda, kenapa? Ohhhhhhh... Sudahnya I datang kerja dengan mengantuk, as usual!

Tetapi....tiba - tiba tadi...

Kring....kring....kring....
"Assalamualaikum mak, kenapa?'
" Waalaikumsalam. Takde ape-ape, mak nak amik adik jap lagi kat Puncak, Mak nak amik Marsya sekali la."

"Ha?? Pukul berapa?" Sedih nya anak kesayangan hendak di bawa nenek.

"Lepas mak amik adikla kat Puncak. Mak dah keluar rumah ni." Masa tu baru pukul 2.45 pm.

"Ok la." Suara kedengaran sayu. Telefon di letak.

Yehaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Yeah, I want to dance, dance! Marsya nenek nak amik, mummy nak tidur lena malam ni, yea yea. Because I nak exam tomorrow and got to be fresh! Thank God and thanks mak!

I love you both damn much!







Thursday 5 April 2012

The One

Yesterday after me and hubby fetch my daughter, we all pun pergi makan kat Selera (the name of kedai makan). Fyi, this restaurant belongs to maksu and paksu. Ok, noted. Then terjumpa dengan this one lady yang selalu makan kat sini and at the same time hantar anak kat Taska Lemon jugak same as Marsya.

Then she pun berborak dengan my husband. I ni jenis malas sangat nak berborak-borak ni sebab I ni kalau dengan my friends je baru I banyak cakap sikit, kalau tak susah la nak tengok I cakap. Memang berbeza sangat la dengan my husband jenis peramah, orang marketing la katakan. Sementara my husband borak dengan this lady, I layan Marsya jalan - jalan over the area la.

She talk about her marriage. Ada masaalah dengan laki dia. Yang I don't understand why the hell you are talking your marriage life with my husband? Okey, ada unsur jealous di situ. Hahahahaha.

Then, after came back home I tanya my husband apa masaalahnya dengan laki dia? My husband cakaplah sejak kahwin laki dia tak pernah bayar bill, semua bill dia (that lady) yang jelaskan and husband dia lepas tangan for everything and diorang gadoh dalam sms, laki dia forward semua mesej dia hantar kat laki dia ke mak that lady, means the guy MIL! Okey, this is like what??

I just nak cakap yang perlu ke this lady beritahu everybody yang dia dan laki dia ada masaalah rumahtangga? Perlu ke? Bagi I la dia dah memalukan laki dia and family dia. Bukankah dia dah bukak pekung di dada sendiri. Pergi cerita masaalah kat orang lain, siap cakap dah 12 tahun kahwin tapi perangai tak pernah berubah. Then I terfikir dengan my husband yang tak berapa rapat dia cerita, tak mustahil dia dah cerita kat semua kawan - kawan dia dan automatically semua orang akan pandang rendah pada husband dia, tak gitu? Nanti semua orang akan ingat husband dia kahwin dengan dia pasal duit (sebab family this lady ni agak mewah jugakla)

Thru my understanding yang cetek yang baru kahwin 3 tahun ni, when you married someone, you also married with his family, his lifestyle, his behavior whether good or bad, his attitude and bla bla bla. . He (husband part) also married with my family, my attitude, myself, keburukan I, kebaikan I and etc.

So training is very important people! Means, masa awal - awal kahwin dah kena decide who pay bills, who responsible for the kids payment, barang dapur la ape menda semua. My husband akan basuh kain then sidai and I lipat dan iron. Kalau I nak buat kerja rumah, my husband akan look after Marsya sebab 'makcik' ni sangat attach dengan daddy dia. I bayar bill related to my daughter and my husband pay all bills in the house, also barang dapur. Baju Marsya tengoklah kadang - kadang daddy beli, kadang - kadang I beli same as susu and pampers. Kalau bulan tu my husband kaya, semua pakai duit dia. Yea!

I tanak lepas 12 tahun semua benda ni akan jadi mengungkit and my husband and me akan bergaduh pasal benda remeh macamni. Cukuplah for this particular year our relationships di duga dengan macam - macam dugaan.Semua ini buat both of us jadi lebih matang dan kenal diri masing - masing. Ini pulak dah kahwin 12 tahun and I also tak nak orang lain pandang rendah to my husband. Biarlah susah - susah pun I dengan my husband and senang nanti pun dia akan sayang I jugak. Sebab suami I pilihan I dan perjalanan hidup I and my husband dah tertulis kat Loh Mahfuz. Siapa kita hendak menidakkan kehendakNya? Siapa?

Semalam my husband ada hantar satu email kisah perihal kenapa isteri cantik diceraikan suami. Kemudian petikan teks itu mengambil contoh Ustaz Akhil Haiyy, AC Mizal dan Awie. Dan kemudian, saya membuat kesimpulan dari teks itu yang cuma ada dua perkara sahaja yang penting bagi suami iaitu isteri mestilah menjaga makan suami dan menemankan di waktu makannya dan setiap kali suami mahu melakukan hubungan seks, tak seharusnya isteri menolak.Hahahahahah.

Then I balik I tanya my husband kenapa you hantar email ni. I cakap 'Sorry, I tak cantik, so you tak boleh ceraikan I' Hahahahahahahha.

Husband,
I Love You...

Monday 2 April 2012

Happy April

Ye, saya emo hari ini. Biasalah plus red flag lagi. Emo saya sebab hantar anak first day ke taska. Semalam saya sudah ajar Marsya perkataan baru 'Taska Lemon'. Berulang kali dia menyebutnya, amat payah sekali. Beg sudah saya siapkan seawal malam tadi. Bukan excited, bukan. Cuma mahu prepare awal supaya pagi tidak tergesa-gesa.

Dan pagi tadi waktu hantar te taska, Marsya sudah excited apabila ternampak playground di Taska. Reaction nya seperti biasa, seperti mahu melompat ke playground itu, tetapi mummy lebih kuat, ok!

Nampak seperti gembira, tetapi tak tahula nanti-nati. Tadi pun tidak menangis sebab ramai kanak-kanak sebayanya, dia sudah mahu berkawan dengan mereka. Selepas mummy bayar yuran, cepat-cepat mummy keluar dari Taska, takut Marsya menangis. Marsya pula seakan terlupa, siap melambai mummy dari celah - celah tingkap.

Y Allah, harap anak ku ok, sihat, gembira dan tidak menangis.Sedih. Mummy yang sedih. Hahahahahaha. Takut kalau perkara yang bukan - bukan terjadi, tetapi saya bertawakal. Tawakal kepada Allah.

Hujung minggu saya habiskan dengan anak saya. Cuba adapt macamana jadu full time mummy agaknya. Heheeheh. Ni husband flexi time lagi, kalau dia dah start kerja fixed time, tentu kelam kabut agaknya.

I am still doing my closing account. Bosan. Gaji pun belum masuk lagi. Esok or rabu, tengokla macamana kan sebab surat pun baru di hantar hari ini. Dahla busy hari ini ada kelas pulak and proJect paper tak fikir langsung pun.

Sedar tak sedar sudah April. Cepat. Pastu May, June, July sudah puasa dan August sudah raya. Pejam celik pejam celik anak pun sudah berumur 2 tahun. Time files. June nanti kelas akan berakhir. So, kena semangat sikit nak teruskan perjuangan..

Lagipun the other two weeks kan ada exam juruaudit tu so hopefully everything goes smoothly la because selalunya account ke finance ke kat gomen memang nampak macam tak interesting and my chance will be hogher. Heheheeheh, because we know that if we go for private lagi masyuk compare with gomen servant. Harapan memang tinggi la but you know that the salary tu mungkin tak berapa because currently my salary dah 3k plus if masuk gomen baru 18++ je, but I know that it secure, ada banyak kemudahan macam leave, hospitality and etc. 

I must think about my future jugak kan. If I dah grad nanti maybe can seat for exam ke hape ke. Cewah, dah jauh berangan nih. I almost forgot that this year I ada main kutu with Lisa's team and akan dapat duit in December. Tetiba I rasa nak pergi holiday somewhere la dengan duit tu. Hihihihihihi. Or shopping maybe. Hahahah. Oppppss, bonus tahun ni tak dapat lagi la ea. I dun know if my company can afford bonus this year. Honestly I dah lama tak rasa 'kaya' dengan bonus, token la, apela. Dah banyak yang kurangnya.

The situation was not good enough for me and the others too. 

Ok, setiap hari saya akan cuba mengarang di sini, setiap pagi dan karangan -karangan ini selalunya akan di baawa ke petang. Sangat seronook menulis setiap benda yang terlintas di kepala dan kadang - kadang idea jadi mencurah - curah. 

Sekurang-kurangnya kehidupan ini terisi dan ada 'seseorang' untuk di luahkan dan untuk dimengerti bahawa kehidupan ini tetap di teruskan, tetap di perjuangkan.

Sunday 1 April 2012

Saya sudah Islam 30 tahun

Assalamualaikum w.b.t.

Ada perkara-perkara yang buat saya tersedar hari ini. Banyak.

Saya sudah Islam 30 tahun tapi agama saya kurang. Sedikit. Saya tak malu mengatakannya.

Oklah, saya mulakan sejak kecil kita di didik dengan Rukun Islam dan Rukun Iman

Rukun Islam ada lima iaitu;-
1) Mengucap dua kalimah syahadat
2) Sembahyang lima waktu
3) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
4) Menunaikan Haji
5) Menunaikan Zakat

Rukun Iman ada enam perkara:-
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada malaikat
3) Beriman kepada kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada hari kiamat
6) Beriman kepada qada dan qadar

Jika saya mengucap. sembahyang, puasa Islamkah saya?
Saya beriman, maksudnya saya percaya tapi sejauh mana ukuran keimanan saya?
Jadi Islamkah saya?
Saya masih Islam sebab saya di lahirkan Islam, ibu bapa saya Islam tetapi hari ini saya rasa saya kurang Islam, saya lebih kepada Melayu.

Kenapa?
Saya pakai tudung saya berhijab, alhamdulillah, tapi saya pakai tudung pendek (tudung Melayu)

Saya menutup aurat sebab saya pakai baju kurung ke ofis tetapi kainnya jarang (Melayu)

Pakaian saya ketat, menutup aurat tetapi Melayu. Kenapa Islam dan Melayu tak boleh selari. Boleh. Siapa cakap tak bloleh? 

Dahulu masa sekolah saya di tanya budak Cina yang beragama Kristian aurat tu apa. Bila saya cakap semuanya, dia mula mempersoalkan kenapa saya tidak bertudung (waktu itu saya masih tidah bertudung), saya cakap tidak bersedia. Dia tanya lagi, kenapa? Saya cakap 'Sibuklah ko ni' Dia tanya lagi, kalau aurat kenapa baju kurung ada lubang kat dada, bukan ke aurat, dia juga bagi cadangan suruh tutup baju sekolah tu kat dada sebab dia cakap seksi.

Kemudian saya tidak mahu bercakap dengan dia lagi sebab saya tak nak dia tanya bukan-bukan. Saya terfikir balik, aah la baju kurung Melayu kita tak cukup Islam. Macamana ni? Tapi kan aurat tu rambut juga so kalau pakai tudung tutuplah dada yang seksi tu.

Dan alhamdulillah saya berhijab pada usia 17 tahun. itupun selepas dinasihati mak dan ayah. Dulu bila ayah nampak budak bertudung, dia akan cakap 'kan elok bertudung' dan saya akan buat-buat tak pandang je budak-budak berkenaan.

Saya cuba perlahan-lahn untuk jadi lebih Islam sebab saya rasa saya banyak Melayu berbanding Islam. Banyak bezanya Islam dan Melayu.

Saya berjanji pada diri sendiri untuk lebih Islam, berhijap lebih Muslim. Sudah 30 tahun (tahun ni 31) saya Islam sepatutnya saya sudah PhD dalam Islam kan? 

Bagaimana saya hendak mendidik anak cara Islam jika saya tidak mengamalkan Islam seratus peratus? Solat hendak di jaga, begitu juga akhlak. 

Apa kau ingat kau dah solat kau dah Islam jika hidup kau asyik mengata orang lain? Kau dah bagus kalau kau bartudung litup tapi masih menyakitkan hati orang lain, lidah masih  berbisa? Kau sudah terlampau bagus kalau dapat hadiri semua kuliah dan bercerita mengenainya seolah - olah kau dah jadi terbaik. Nauzubillahiminzalik!!

Ya Allah,
Jadikanla aku sebaik-baik Muslim di dunia dan akhirat. Jadikanlah hambaMu ini seorang yang mengejar akhirat, bukan keduniaan semata-mata. jauhkanla aku dari sifat-sifat munafik. Ya Allah berikanlah aku dugaan supaya aku sentiasa mengingatiMu dan berada di jalanMu. Jadikanlah aku hamba yang penuh kesyukuran. Berilah aku perlindungan dah berikanlaku keturunan yang beriman dan beramal solah supaya dapat membahagiakan dan mendoakan aku ketika mati kelak. Amin.


Akhirat,

Tolong ingatkan aku apa itu engkau.

Ingatkan bahawa aku harus mengejarmu kerana aku tahu jika aku mendapat engkau, aku akan mendapat dunia. Aminnnnn





Thursday 29 March 2012

Terkejut

I dapat satu surat pagi tadi (yang my husband bukak kan) together an sms saying that:-

Anda di jemput untuk menghadiri peperiksaan Juruaudit W41 pada 14.04.2012. Sila layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

I pun tak ingat tahun berapa la I sisi borang SPA ni? Juruaudit? W41? Serious tak ingat. I pun browse la portal SPA and find this.

Semakan Jadual Peperiksaan
  Juruaudit Gred W41
No. Kad Pengenalan :  
 
Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)




Peperiksaan : PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W41
No. Angka Giliran : 1204254
Tempat Peperiksaan : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC),
DEWAN 4 & 5
CONCOURSE LEVEL
DATARAN GEMILANG, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
W.P. PUTRAJAYA

Tarikh
Peperiksaan
Seksyen
Masa Dari
Masa Hingga
14/04/2012 PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING A 08:30 PG 09:10 PG
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH B 09:30 PG 10:15 PG
KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS C 10:35 PG 11:20 PG
ESEI BAHASA MELAYU D 11:40 PG 12:40 TGH
ESEI BAHASA INGGERIS E 01:00 TGH 02:00 TGH

*Calon boleh mencetak Maklumat Peperiksaan melalui Portal SPA untuk dibawa semasa menghadiri peperiksaan [ Cetak ]


Owh, ini sangat lama ni. Biar betul! Each session ada break 20 mins nak buat apa? Study? I never attended any government exam before sebab before ni I have rejected 2 exam of PTD.

I will go definitely but I tanak put high hope. Tapi kalau dapat lagi bagus kan. Juruaudit ni apa ye? I pun cekitout ape menda la agaknya.



Juruaudit Gred W41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Audit Negara
Jadual Gaji:
P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39
Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T3 RM1886.49
    ]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8 RM2345.69]; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9 RM2437.53]; atau
  • Ahli Penuh Malaysia Institut Akauntan Malaysia.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10 RM2529.37]; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:



Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.


Then I try to find more info and got this:-



Peperiksaan Juruaudit W41 - Sukatan Dan Contoh Soalan








April ini dijadualkan akan diadakan Peperiksaan Bertulis Juruaudit iaitu pada 14 april 2012, sila semakPortal SPA untuk jadual peperiksaan, dibawah sedikit info berkenaan peperiksaan ini


Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Juruaudit, Gred W41. Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik.

Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Sukatan Peperiksaan

Ujian ini mengadungi lima seksyen iaitu:
(i) Seksyen A - Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Masa : 40 minit Bilangan
  • Soalan : 50
(ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah
  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40
(iii) Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Masa : 45 minit
  • Bilangan Soalan : 40 soalan
(iv) Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.
(v) Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
  • Masa : 1 jam
  • Bilangan Soalan : 3 jawab 1
  • Panjang Esei : Bilangan perkataan adalah tidak dihadkan.

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...