Sunday 1 April 2012

Saya sudah Islam 30 tahun

Assalamualaikum w.b.t.

Ada perkara-perkara yang buat saya tersedar hari ini. Banyak.

Saya sudah Islam 30 tahun tapi agama saya kurang. Sedikit. Saya tak malu mengatakannya.

Oklah, saya mulakan sejak kecil kita di didik dengan Rukun Islam dan Rukun Iman

Rukun Islam ada lima iaitu;-
1) Mengucap dua kalimah syahadat
2) Sembahyang lima waktu
3) Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
4) Menunaikan Haji
5) Menunaikan Zakat

Rukun Iman ada enam perkara:-
1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada malaikat
3) Beriman kepada kitab
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada hari kiamat
6) Beriman kepada qada dan qadar

Jika saya mengucap. sembahyang, puasa Islamkah saya?
Saya beriman, maksudnya saya percaya tapi sejauh mana ukuran keimanan saya?
Jadi Islamkah saya?
Saya masih Islam sebab saya di lahirkan Islam, ibu bapa saya Islam tetapi hari ini saya rasa saya kurang Islam, saya lebih kepada Melayu.

Kenapa?
Saya pakai tudung saya berhijab, alhamdulillah, tapi saya pakai tudung pendek (tudung Melayu)

Saya menutup aurat sebab saya pakai baju kurung ke ofis tetapi kainnya jarang (Melayu)

Pakaian saya ketat, menutup aurat tetapi Melayu. Kenapa Islam dan Melayu tak boleh selari. Boleh. Siapa cakap tak bloleh? 

Dahulu masa sekolah saya di tanya budak Cina yang beragama Kristian aurat tu apa. Bila saya cakap semuanya, dia mula mempersoalkan kenapa saya tidak bertudung (waktu itu saya masih tidah bertudung), saya cakap tidak bersedia. Dia tanya lagi, kenapa? Saya cakap 'Sibuklah ko ni' Dia tanya lagi, kalau aurat kenapa baju kurung ada lubang kat dada, bukan ke aurat, dia juga bagi cadangan suruh tutup baju sekolah tu kat dada sebab dia cakap seksi.

Kemudian saya tidak mahu bercakap dengan dia lagi sebab saya tak nak dia tanya bukan-bukan. Saya terfikir balik, aah la baju kurung Melayu kita tak cukup Islam. Macamana ni? Tapi kan aurat tu rambut juga so kalau pakai tudung tutuplah dada yang seksi tu.

Dan alhamdulillah saya berhijab pada usia 17 tahun. itupun selepas dinasihati mak dan ayah. Dulu bila ayah nampak budak bertudung, dia akan cakap 'kan elok bertudung' dan saya akan buat-buat tak pandang je budak-budak berkenaan.

Saya cuba perlahan-lahn untuk jadi lebih Islam sebab saya rasa saya banyak Melayu berbanding Islam. Banyak bezanya Islam dan Melayu.

Saya berjanji pada diri sendiri untuk lebih Islam, berhijap lebih Muslim. Sudah 30 tahun (tahun ni 31) saya Islam sepatutnya saya sudah PhD dalam Islam kan? 

Bagaimana saya hendak mendidik anak cara Islam jika saya tidak mengamalkan Islam seratus peratus? Solat hendak di jaga, begitu juga akhlak. 

Apa kau ingat kau dah solat kau dah Islam jika hidup kau asyik mengata orang lain? Kau dah bagus kalau kau bartudung litup tapi masih menyakitkan hati orang lain, lidah masih  berbisa? Kau sudah terlampau bagus kalau dapat hadiri semua kuliah dan bercerita mengenainya seolah - olah kau dah jadi terbaik. Nauzubillahiminzalik!!

Ya Allah,
Jadikanla aku sebaik-baik Muslim di dunia dan akhirat. Jadikanlah hambaMu ini seorang yang mengejar akhirat, bukan keduniaan semata-mata. jauhkanla aku dari sifat-sifat munafik. Ya Allah berikanlah aku dugaan supaya aku sentiasa mengingatiMu dan berada di jalanMu. Jadikanlah aku hamba yang penuh kesyukuran. Berilah aku perlindungan dah berikanlaku keturunan yang beriman dan beramal solah supaya dapat membahagiakan dan mendoakan aku ketika mati kelak. Amin.


Akhirat,

Tolong ingatkan aku apa itu engkau.

Ingatkan bahawa aku harus mengejarmu kerana aku tahu jika aku mendapat engkau, aku akan mendapat dunia. Aminnnnn





Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...