Thursday 25 September 2014

Detox

Sekarang orang dok sibuk detox detox detox. Ever since dari dulu lagi la. Sampaikan myself pun turut terpengaruh. Itu yang order SWKC tu tapi haritu dah habis and since now second order tak dapat lagi. I prefer COD so I'll wait Kak Ju tu hantar tapi sampai sekarang Kak Ju takde feedback. Entah la rasa dia macam slow je. Kalau penjual-penjual lain maik aihh punya laju. I akan tunggu atau tak beli langsung. Depends. Review? Still rasa takde perubahan ketara ke macam tiba-tiba glowing ke pejadah sume cos sebenarnya effect berbeza-beza. I tot giving SKWC second trial and see how. 

Dari duduk diam so kita cari alternatif lain, so buat sendiri detox macam kat laman social orang lain. So here is it.



Campuran segala jenis mak nenek limau. Lime, lemon and timun. Potong kecik-kecik, letak dalam jug, letak air kosong (jangan air panas) then letak dalam peti ais. Tunggu atleast 2 jam and air ni tahan 2 hari sahaja. Pas 2 hari buang. Ada juga yang letak berries depends citarasa u olls cemana. Sebenarnya saya dan suami adalah agent Forever Living. Ada je segala jenis MLM memang kamilah agent nya tapi tak bergerak dan kat rumah ada sebotol Aloe Vera Gelly.


So apa I buat campur half cawan gelly ni and half lagi air detox tu, then minum. Itulah agent detox saya buat masa sekarang.

Antara kelebihan Alo Vera gel ni adalah:-

Khasiat:
* Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.
* Membantu meningkatkan keefisienan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan penokok diet yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.
* Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.
* Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.
* Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.
* Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.

Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
Harga:
RM 90


Sekian!

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...