Monday 18 March 2013

Maid oh Maid

Selepas sessi mengeluh dalam blog few days back, (Allah pun marah kalau mengeluh banyak sangat ye), emotion me as a mom dah stable because my daughter pun dah sihat. Alhamdulillah. Hari ini, masih lagi tidak di hantar ke Taska anak kecil itu. Esok harussss!!!

Hari ini saya ke DEMC untuk check up and naik 1 kilo for past three weeks. Okla kan. 

Emosi hari ini agak stable, sebab Allah beri satu rezeki, insyaAllah rezeki yang baik iaitu maid. Sebenarnya kami dah lama nak kan maid sebab keperluan rumahtangga, tetapi kejadian macam insiden membaling bayi dalam tv buat kami takut.

Sebenarnya kami pun dah appoint satu agent and they promise to send a maid to our home by March, tapi tak dapat hantar because the women yang meant for us tu ada tonsil ke hape entah (macam agent cakap la) so dia selalu demam.

Ok, takpe, tapi aku pun macam dah penat nak bangun pun terhegeh-hegeh la kan. 

Itula kalau sesuatu perkara berlaku, kadang-kadang kita kena redha, sebab Allah selalu takdirkan yang baik untuk kita. I do really belive in that. Syukur.

Sabtu petang, my mom's cousin which I panggil her 'induk' called me. Induk ini kalau orang Negeri Sembilan panggilan untuk makcik yang jauh, lebih kurang macam tula. My mak ni orang Negeri Sembilan yang dah murtad. Why I said like that because mak tak makan pedas termasukla anak-anak dia. Orang Negeri Sembilan kan selalu masak pedas, not our family. Hahahahah.

Induk kata dia ada maid, nak tak? I pun macam ok, kejap tanya laki kita. Hubby cakap ok, nanti kita pergi tengok. 

Hari Ahad tu kitorang pun pergi Kampung Pandan nak pergi tengok this maid. 

Sampai kat sana, tiba-tiba came one Indonesian lady with blonde hair, ala glamour talking to induk's husband. Then I cakap kat Induk, kalau ini orangnya I reject or else I beli tudung untuk pompuan ni. Pastu kitorang ketawa-ketawa la. Tapi not this lady la. Dia bawak kitorang kat somewhere that area and pick up the maid. Rupanya pompuan tu agent.

Dari jauh I nampak dah maid tu, I cakap ok jela cos nampak ok. Masa mula-mula tu I noticed that she wearing tudung but with tight baju and seluar. You know that baju baby-T type, ketat and lengan pendek macamtu. I macam apala dia pakai ni. Takpela cause kalau kita perasan Indonesian memang suka pakai macamtu. Siap make up bagai dengan eye shadow, hahahahah. Tak taula kalau agent tu tipu dia cakap kerja jadi PA ke hape ke kan! Hahaahah

Induk yang interview dia banyak. Dia came together with her husband. Ada laki la pulak and cakap once a month, dia nak balik Kg Pandan sehari. Hantar Saturday tengahari and ambik balik Sunday tengahari jugak. I thought dia makeup to impress my husband ke, tapi since dia bawak laki, tak la.

Mula - mula macam alamak, tak bestnya la kan, ada laki la plak. Tapi kalau fikir balik its ok kalau once a month sebab dia kata laki dia keje kat Penang pun jarang balik. Okey, takpe, I will monitor for two months, tengok macammana. Then, when I had conversation with mak, mak cakap okla tu ada laki why?

1) Dia ada laki, insyaAllah takkan ngorat laki kita, hahahahhaha!
2) Komitmen untuk kerja tinggi sebab ada keluarga, tak sedih-sedih ingat kat negeri sendiri.
3) She is old jugak she claimed her age 32 (dah macam umur aku jugak), so hopefully she won't get pregnant in meantime. Kalau tengok balik rupa buat kata Induk and hubby, entah-entah dah nak masuk 40, diorang ni kan suka tipu umur kan? Whatever.

First time we pick her up, muka dia nampak cam cuak, sedih pun ada. Agaknya sebab nak berpisah dengan laki. Harapnya laki dia setiala kan. We promise to pay some amount of money monthly. 

Apa yang aku harap ialah she will help me with house work and I will help her by paying salary. Dia pun tau main task dia nak jaga boboi dalam perut ni. So I dah cakap awal-awal dia kena kemas bersih-bersih rumah before I got delivered because after this, dia akan focus kat baby sahaja.

Dia cuma akan buat kerja rumah on Saturday and Sunday.  So hari ni, dia telah di dera oleh my husband yang bossy ni. Hahahahahah. Then bila dah pukul 8 lebih (after dia buat cekodok for dinner), I asked her to sleep, my husband marah. I pun macam esok kan I nak suruh dia basuh langsir pulak. My husband cakap biar dia bersih everything dulu. Tapi dia pun faham bersihkan dulu semua then baru dia tidur.

Yela, kita kena berperikemanusiaan sikit la kan. Konsep I senang, kau tolong aku, aku tolong kau, senang kan? Jangan buat  hal sudah. Plus bibik dari Jawa, mak and ayah pun suka somebody from Jawa. We were family la macam tu (not me ya!)

Before ni, I always thought kalau macam hari raya ke kan, kalau balik Kuantan ke, mana nak letak bibik ni, rasanya bagi je cuti hantar ke kat laki dia. Disadvantage ada bibik ni, adalah kalau die terpregnant (hubby nak cakap dengan dia pasal benda ni), kalau laki dia bawak lari dia dsb. Dan lain-lain masaalah la kan.

I just hope that maid boleh tolong buat kerja rumah dan jaga boboi. Marsya still hantar ke Taska sebab I guess she will be better there. Next year, InsyaAllah kalau ada rezeki, I will send her to playschool (half day) and bibik jaga after that.

I jugak mintak Allah jauhkan kami dari sebarang malapetaka, insiden dan sebagainya. Pelihara keluarga kami dan bibik ni supaya kami dapat cari rezeki untuk keluarga kami. Additional to this, as usual Marsya dah kamcing dah dengan bibik. Dia selalu confuse panggil kakak. Whatever. Siap cakap tak nak pergi taska, tinggal dengan bibik.

Mula-mula aku ingat bibik ni racun Marsya cakap camtu kat dia. Memang pun. Bibik tu keep telling Marsya nanti tinggal dengan bibik SEBAB bibik ni confuse dia kena jaga Marsya. Tapi tadi aku dah explain kat bibik cakap, tak, bibik tak jaga Marsya, jaga baby sahaja. Dia ingat dia kena jaga Marsya dan baby.

Okey apa-apa pun I just hope everything will be fine. Bersyukur kat Allah. My instinct told me that she is ok, I always believe my instinct. Tapi, jangan letakkan kepercayaan seratus peratus, selalu berhati-hati.

ALLAH selalu tolong kita, samada kita sedar ke tak, jangan PUTUS ASA. DIA beri kita kesusahan pada sesuatu perkara tetepi kesenangan kepada perkara yang lain. Alhamdulillah!

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...