Thursday 16 August 2012

Double Joy

It's a double joy!


Ketidaksabaran diri ini semalam membawa saya ke suatu tahap kegembiraan yang tak terkata. Alhamdulillah, itu sahaja yang mampu di ucapkan pada ketika ini.

Pertama saya akan konvo yeah peeps! November ini akan membuktikan bahawa berkat kesabaran, daya usaha akhirnya membuahkan hasil.
Alhamdulillah. 

Saya tidak sabar menunggu hari tersebut. Hari saya akan ke pentas konvo umtuk kali ke-3 untuk MBA. It's personal achievement.

Anugerah untuk diri saya. Tanda bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai selagi saya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selagi ada kemahuan, disitu ada jalan bukan? Saya mahu melanjutkan pelajaran lagi, itu azam saya. Sesekali menoleh ke belakang, mengenang kembali perjalanan MBA selama 6 semester (4 tahun), setahun saya bercuti semasa deliver Marsya. Banyak titis air mata, keluhan, kepenatan, tekanan tetapi semua saya lalui dengan tabah.

Masa dan tenaga di perlukan dan kekuatan mental itu adalah perlu. Saya tinggalkan anak dan suami setiap petang demi mencapai cita-cita. Anak masih kecil dan masih tidak mengerti apa-apa, suami saya memahami. Alhamdulillah.

Saya ada rancangan masa depan sendiri dan tidak mahu ketinggalan. Orang yang ketinggalan adalah orang yang rugi. Saya mahu dapat kedua-duanya, dunia dan akhirat, itu matlamat hidup saya. Setiap hari saya berazam untuk menjadi orang yang lebih baik, setiap waktu. Saya tidak sempuran saya tahu. Lubang ada di mana-mana, tetapi saya mesti paksa diri sendiri.

Keduanya, ye saya sudah mengandung lagi. Saya sangat sangat gembira dan saya berdoa agar diberi anak lelaki kali ini. Mudah-mudahan, aminnnnn!

Saya belum beritahu siapa-siapa lagi. Belum masanya. Saya juga belum buat proper check up. Mungkin minggu ini, sebelum saya pulang ke Kuantan.

Mahu ambil acid folic and calcium. Saya juga mahu minum susu. Saya mahu baby ini sihat. Saya belum tinggal puasa lagi, walau ada ragu-ragu dalam diri ini.

Cuma keyakinan kepada Allah supaya melindungi anak ini dari segala bencana. Jika di takdirkan Allah, anak ini lelaki saya mahu beri nama Muhamad. Biar dia menjadi seorang penghulu, ketua kepada keluarga dan masyarakat, amin. Cita-cita saya tinggi. Mahu lihat Marsya dan baby jadi anak yang beriman, berguna kepada masyarakat, insyaAllah.

Ya Allah, beri HambaMu kekuatan, ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Semoga kami sekeluarga dalam rahmahMu ya Allah. 
Aminnnnnnnn..

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...