Thursday 20 April 2017

Online Marketing Part 2: FB Page

FB Page.

Untuk semua peniaga online, kenapa kita kena ada FB Page or known as kedai online ni.

Sebab kita tak boleh campur aduk ye personal dan kerja.

Jangan kau letak barang niaga kau dalam FB personal, nanti kawan kau pun jemu. Again, it is all about ethic. Invite la kawan-kawan kat FB tu to like your page, kalau diorang suka, diorang akan like, kalau tak suka jangan paksa. Jangan campur adukkan persahabatan dan perniagaan.

So how to do FB Page? Of course kena ada FB personal then cari satu butang segitiga kecil sebelah kanan FB, create page. Tadaaaa. Dah create satu page dah.

Sebenarnya lagi senang kalau guna smartphone tapi for first time creator, better guna laptop or PC, nanti huru hara page tu nanti. Kalau dah betul-betul; expert, baru continue use smartphone.

Currently I am using Mdeeana Beuty Health Store tapi myself sendiri rasa nama tu tak berapa best so I have changed to Marsyaryan Shoppe. Biar berbelit lidah sebut, biar nampak unik.

Ada few reason why peniaga online kena ada FB Page, which are
1) Develop FB Ads. FB Ads tak boleh buat dengan FB biasa tau.
2) To get unlimited friends. With FB Page, dia tak limited macam FB Personal, FB Personal cuma boleh 5000 kawan sahaja ye.

Bila dah tekan create page, pandai-pandai la ye create your page tu. Page ni umpama kedai kita di alam maya, so pandai-pandai la kita nak cantikkan kedai kita ikut kesesuaian produk ok. 


Logo
Saya nak ajar yang kita boleh buat logo page kia tu FREE di https://www.designmantic.com

Pergi web tu sekarang.

Enter your company name (PENDEKKAN NAMA PAGE), pergi select industry, then show my design. Kenapa kena ambil short form je sebab kalau full sentences, nanti masa buat logo, tak cukup nak put in everything. So, untuk Marsyaryan Shoppe ni, saya choose MA Shoppe je.

Lepastu, tuan puan semua akan jumpa ye beratus-ratus jenis logo yang cantik-cantik. Tak payah pun nak hired orang buat logo. Tak payah.

Saya pun tak nak ambil masa lama nak pilih logo, so I chose this one. Tips dia, right click gambar tu and save dalam desktop. kalau sampai step 3, nanti logo ni jadi berbayar.

Simple, yet stunning for me, I really like it. Then apa lagi, upload logo ni pada sebelah kiri FB Page kita ye. 



Intellectual Property (IP)

Logo juga boleh di register ye. Kena register di bawah Perbadanan Harta Intelek. 

Kat mana? 
Menara UOA Bangsar dan ambil masa dalam 6-7 bulan untuk approved. Kos register pula dalam RM650.00. 

Kenapa kita kena register? 
Untuk elak diciplak.

Tapi untuk peniaga online macam agent like me, dropshipper ke tak payah la nak IP bagai, kalau founder to the product lainlah kan.


Banner

Banner untuk page ini kita buat sebab kita nak letak dia kat bahagian atas sekali FB Page kita. Kan, barula cantik, betul tak?

Now go to https://www.canva.com .

Create your own banner. Saya tak dapat nak terangkan details. All you have to is to explore by your own.

Canva ini hanya boleh diguna menggunakan laptop atau iphone sahaja. Lain-lain smartphone tak boleh. Kalau nak design untuk banner FB Page kita, pergi ke Social Media & Email Header. Pastu click pada Facebook poster yang ada tulisan INSPIRED background hitam tu. Lepas design sendiri ikutla citarasa kita then download dan save pada laptop. 





Saya punya lebih kurang camni la. Sebab kalau kita tak design, just upload je apa-apa gambar, nanti gambar tu semua akan pecah dan jadi tak cantik. So pandai-pandai la tau.

Canva juga boleh buat poster atau flyers, nanti pilih templates yang betul je.

Nak tukar FB Page Banner ni berapa kerap?
Atleast 3 bulan sekali tukarla banner ni, so takdela bersawang sangat. Paling baik, sebulan sekali tukar. Logo tak payahla. Satu kali logo je dah. Tapi terpulangla, kalau nak tukar logo ikut je citarasa sendiri.

Tapi lagi baik kalau banner kita ada tema, macam sekarang kan tak lama lagi puasa, letaklah tema puasa. Nanti nak raya, letakla tema raya pulak. Supaya page kita tak boring dan orang tau kita aktif. Kan?

So at this time, Marsyaryan Shoppe memang focus pada Merve Cosmetics je. In future, saya ada plan untuk jual beberapa items. So in the meantime, banner saya memang ada product Merve sahaja.

Again, untuk menjual baranga kita di kedai online kita ni, kita kena ada logo, nama dan cover.

Contd.....

No comments:

Post a Comment

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...