Thursday 20 April 2017

Online Marketing Part 3: Instagram

Instagram tu apa?
Ianya adalah kombinasi instant and telegram.





Kenapa peniaga online kena ada instagram?
Untuk tackle customer jenis visual yang suka gambar cantik.

Ada 3 jenis customer
1) V - visual - customers yang suka tengok gambar cantik
2) A - audio - customers yang suka dengar lagu
3) K - kinestetik - customers yang suka benda bergerak macam video dan layan youtube.

Dan 50% dari customers di Malaysia adalah kategori 1) dan oleh itu, penggunaan instagram adalah sangat penting dalam perniagaan online di negara kita.

Dari segi statistik pula, hampir 74% pengguna Instagram berumur 18 - 34 dan pencarian paling kerap dalam instagram adalah fashion, cosmetics dan gadget.

FYI, this is actually lead the owner of facebook, Mark Z to buy instagram costs of 2 billion. Sebab dia nampak peluang kat situ. 

Ni konsep asas dalam instagram.





Ni cara post gambar dalam instagram. Background putih, soft light dan waktu paling sesuai untuk ambil gambar adalah pagi dan awal tengahari.





Kalau kita perhatikan semua gambar di atas, dia apply rule of third dimana gambar di ambil di sudut, bukannya di tengah-tengah.





Banyak warna dominan tidak menyerlahkan gambar di bahagian kanan.



Untuk gambar yang bertekstur, gambar kiri memberi impak lebih berbanding gambar belah kanan.


Untuk penggunaan hashtag, lebih baik untuk di buat. Samada di letakkan di bahagian komen atau penerangan IMPAK nya sama sahaja ye. Thats why kadang-kadang saya perasan yang hashtag most peniaga letak dalam ruangan komen.









Max hashtag adalah 30.ada beberapa rules dalam penggunaan hashtag.

1) Hashtag unik. 
Hashtag yang dicipta khas untuk product tu. Contoh saya agent perve so hashtag pertama yang patut saya guna adalah hashtag yang berkenaan merve. #merve #mervelover #mervecosmetics

2) Hashtag Trending.
Ini hashtag yang trending dan kita kena tau the trending through baca suratkhabar, tv etc. Selalunya hashtag trending jarang berkaitan dengan produk contohnya #loffattah ke #gemagegarvaganza ke. Dan sekali lagi di ingatkan JANGAN guna hashtag yang berkaitan dengan kebajikan okey! 

Trending berkenaan produk juga boleh macam earlier post part 1 tu kita discuss pasal online tudung, trensing dia, #tudungpucci #tudungbawalpucci kan so boleh guna dua hashtag ni untuk penjualan tudung.

Apa kaitannya dengan hashtag trending ni?

Kira macam kita tumpang iklan jugakla. Kalau untuk merve, saya hashtag kan #HJ. Kalau orang search pasal Cik Joy dan Hafiz Hamidun, diorang akan jumpa page dan IG saya. Teeheeeee.

3) Hashtag General
hashtag general contoh macam kat bawah la.
#eusahawan #mdec


Senarai lainnya yang telah saya search ialah #sayajual #sayajualonline #onlinemalaysian etc.

Rajin-rajinlah google dan baca ye.
Membaca kan jambatan ilmu.





Dalam follow dan unfollow IG, kita dibenarkan untuk follow sebanyak 7500 IG sahaja tapi followers kita adalah unlimited. Dalam masa sejam kita boleh follow seramai 100 orang. Better kita follow orang yang ke 101 pada jam yang seterusnya. Atau nanti IG kita akan diblock.


Ada banyak teknik dalam menaikkan follower kita.

1)Teknik 5/3/1 di bawah adalah untuk cari follower yang minat dengan produk kita. 
Teknik ini pertamanya pergi ke IG kosmetik orang lain, like 5 gambar, komen 3 gambar diorang dan at the end, atleast 1 people will follow you back.

Komen pula komenya soalan contoh berapa RM ni? product ni product apa? Tunjuk minat pada produk tersebut.





2) Teknik Nora Danish ni pulak adalah untuk menaikkan follower tak kira yang minat dengan produk kita atau tak. ND adalah artis Malaysia yang paling banyak follower ye. 4.7m and second one is Neelofa 4.6 m. WOW.

So, kesimpulannya kalau nak follower berjuta, jadilah ARTIS ye tuan puan.

Back to teknik ND, pergi ke IG ND, follow 50 orang dari suggested by IG ND, then after 4 jam, unfollow them, and after 4 hours, follow them back. Teknik ni berkesa tau. Unfollow and follow. Sebab nanti nama kita akan naik di IG artis berkenaan dan orang akan follow kita dari situ.






Okey, sekian topik instagram ye.




No comments:

Post a Comment

Online Marketing Part 4: Copywriting

What is copywriting? Bila speaker first mention copy writing dalam seminar, I thought what the hell was that, saya ingatkan macam IP o...